Buat Sendiri Playdoh Untuk Anak, Lebih Jimat Dan Selamat, Kalau Termakan Pun ‘For Sure’ Anak Luah Balik

Share

Sebenarnya tak susah pun nak buat playdoh sendiri di rumah untuk permainan anak-anak. Doh ini pun dihasilkan dengan 5 bahan saja. Lebih jimat dan selamat. Selamat sebab ada ciri-ciri selamat dekat doh tu sendiri.

Perkongsian dari Puan Ungku Hazwani,

Founder Headband Puteri & Megat ini akan terangkan sebab-sebabnya.

Tak tau nak buat aktiviti apa bersama anak-anak time cuti panjang ni? Jom kita buat Homemade Playdough

Selain isi masa lapang, ia juga menajamkan skil motor anak-amal. Start dari umur setahun dah boleh main.”

Jangan risau kalau anak termakan, diaorang akan keluarkan balik sebab masin.”

Bahan-bahan Homemade Playdoh

2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan garam halus
2 sudu minyak masak
2-3 titik pewarna makanan

Cara-cara Buat Homemade Playdoh

1. Bancuh air panas, garam & pewarna makanan sehingga sebati.


2. Masukkan minyak masak.


3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul tepung sehingga jadi doh yang cantik. Kalau lembik, tambahkan sikit lagi tepung.


4. Ulang langkah yang sama untuk warna yang lain pula.


5. Tadaa.. dah siap Homemade Playdough by Mummy Wanie.

Selamat mencuba buat sendiri playdoh mommies!

Sumber/Foto: Ungku Hazwani via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer