Sungguh menyegarkan bila dapat minum air yang masam dan manis seperti ‘Strawberi Lemonade’ ni. Minum pula waktu cuaca panas, nyaman sungguh tekak ni. Ada buah lemon dan strawberi, mak-mak boleh buat sendiri pati ‘Strawberi Lemonade’ yang mudah ini di rumah, tinggal tambah soda dan kiub ais je!
Bahan-Bahan:
Buah Lemon
Strawberi
1 1/4 cawan Gula
Air Soda
Ais Secukupnya
Biasanya kalau ke gerai makanan atau food court di ‘shopping mall’ memang ada jual Sizzling Yee Mee ni. Disediakan panas-panas dan dihidangkan dalam ‘hot plate’. Sebenarnya lebih puas hati bila mak-mak dapat sediakan dan masak sendiri di rumah. Boleh letak banyak bahan, jimat kos dan terjamin kebersihannya.
Nak cuba buat Sizzling Yee Mee yang sedap ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera.
“Sizzling Yee Mee lagi sedap dari food court, puas makan boleh letak ayam dan cendawan banyak-banyak.Saya buat untuk 15 orang makan.”
Bahan-Bahan:
2 ekor ayam (dipotong kecil)
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1 senduk minyak masak utk menumis
Cara Membuat:
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Info Ekstra!
Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je.
Masukkan kuah yang dah siap tadi, masukkan mee dan telur.
Bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.
Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!
Masak Sambal Atau Makan Mentah
Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.
Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.
Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.
Sambal Sedap Pedas Berdegung!
Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak. Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.
Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!
Sambal Goreng Tempoyak Udang
Bahan-bahan
300-350 gram tempoyak
1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya
20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)
5 batang cili besar merah
1 helai daun kunyit – racik
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak
Cara Memasak:
Bersihkan udang, buang kulit. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang. Jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar cili padi dan cili besar, tuang ke dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan tempoyak. Gaul sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak (boleh guna minyak gorengan udang tadi), tumis campuran tempoyak dan cili tadi. Masukkan hirisan daun kunyit dan asam gelugur. Kacau hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang yang sudah digoreng tadi. Sentiasa dikacau agar tidak melekat bahagian bawahnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
Anda boleh juga gunakan ikan bilis jika suka. Terpulang pada diri masing-masing. Selamat mencuba!
Meriah bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang. Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...