Buat Sendiri PAPADOM Nipis Rangup Di Rumah, Terjamin Halal & Bersih!

Share

Papadom merupakan sejenis keropok nipis dan rangup yang berasal dari India. Biasanya papadom dihidang bersama nasi berperisa seperti nasi beriyani, nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya melengkapkan hidangan.

Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri papadom ini dirumah. Lebih terjamin kebersihan dan status halalnya kerana kita buat sendiri. Malah saiznya juga boleh mengikut citarasa dan pilihan sendiri.

Boleh cuba buat sendiri Papadom seperti yang dikongsikan oleh Encik Roslan Mamak Haji ini. Memang mudah hanya guna 4 bahan.

Bahan-Bahan:

500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
1/2 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil rempah ajowan / lemuju. Biasa digunakan dalam Muruku
1/4 sudu kecil baking powder.
garam ikut rasa sendiri.

Cara Membuat:

1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.

2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit demi sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.

3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama 2 jam.

4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.

5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki. Jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.

6. Sekiranya semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.

7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari.

Info Ekstra!

  • Jangan keringkan terlampau sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara.
  • Mustahak ialah doh. Kalau tak reti nak lenyek bulat, masukkan dalam mesin buat pasta dan jadikan papadom Malaysia. Kita buat dia bukan dia yang buat kita.

 

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin
Baca Lagi Di Sini:Memang Layan Makan PANI PURI, Sedap Sangat Rasa Pedas, Masam, Manis!
Artikel Menarik:

Mingguan Wanita: Menariknya. Mudah je nak buat ‘papadom’ ikut resipi ni. Hanya guna 4 bahan je. Lebih terjamin kebersihan dan halalnya bila kita buat sendiri.

Sumber: Roslan Mamak Haji

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab