Mozarella Stick ni selalunya boleh di beli di kedai menjual pizza. Tapi bila beli selalu tak puas makan, sebab kejunya sikit dan harga boleh tahan juga. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Mozarella Stick ini di rumah. Hanya menggunakan 4 bahan iaitu roti, keju mozzarella, daun thyme dan butter, lebih puas hati bila makan nanti. Mozarella Stick ini juga sesuai di buat untuk bekalan sarapan pagi anak ke sekolah atau untuk minum petang keluarga.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan AJ Idris
“Mozzarella Stick Senang Namatey.Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang pulak tu.Guna roti je”
Bahan-Bahan:
Roti putih
Butter
Keju Mozzarella
Daun Thyme
Cara Membuat:
1. Ambil beberapa keping roti, kuantiti terpulang ya.Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan. Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi dulu.
2.Bebola mozzarella. Boleh je nak guna shredded mozzarella, atau mozzarella blok yang dipotong bentuk jejari. Ikutlah apa yang ada.
3.Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.
4.Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum.
5.Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.
6.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.
Siap!!
Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.
1. Panaskan secawan susu fullcream, dua sudu besar gula, satu sudu butter, dua sudu besar tepung jagung dan setitik dua esen vanilla. Panaskan sampai gula larut dan agak memekat.
2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada. Letak coklat chips pun sedap.
3. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.
Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.
Selamat Mencuba.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak dan keluarga untuk bekal sarapan ke sekolah mahupun minum petang. Nak buat pun mudah sangat guna 4 bahan je.
Kongsi Sasha di laman akaun Instagramnya, “sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,”
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin dan suaminya, Sirhan Wahab telah menceritakan pengalamannya selepas menyempurnakan suntikan dos kedua bagi vaksin yang sama.
Sasha bersama suaminya.
Sasha & Suami Lengkapkan Vaksin Sinophharm
Untuk rekod, hujung Disember lalu, penyanyi Sasha merupakan antara rakyat Malaysia terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm di Hospital Emirates Field, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Alhamdullilah, kami telah melengkapkan vaksin Sinopharm selepas 21 hari suntikan vaksin pertama dilakukan. Kami turut dimaklumkan suntikan dos kedua ini lebih kepada booster.
“Selepas suntikan yang pertama kami tidak mengalami demam ataupun alergi, namun suntikan kedua ini pula sebaliknya.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,” tulisnya.
“Saya & Sirhan Dalam Keadaan Baik, Lakukan Rutin Seperti Biasa”
Sasha juga menerangkan bagi mengatasi kelesuan yang dialami, dia dan suami tidur seketika dan kondisi kembali pulih.
“Setakat ini saya dan Sirhan dalam keadaan baik dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa pada hari ini (semalam).
“Justeru, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan UAE atas inisiatif berterusan memerangi pandemik Covid-19, sekali gus menawarkan vaksin percuma kepada semua residen di sini,” kongsinya lagi.
Kakak kepada Zain Saidin ini juga menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UAE yang menawarkan vaksin percuma kepada penduduk di sana,
Terdahulu, Sasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, keputusannya mengambil suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanannya sebanyak 86 peratus. Tambahan pula, setelah mendapat berita mengenai kemunculan mutasi baharu Covid-19.
Sebenarnya takcukupdenganperkataanterimakasihbagimenzahirkanpenghargaanbuatmereka yang berkhidmat di posisiperubatanterutamanya. Menjadi individu yang terlibat dalam proses saringan Covid-19 tidak dinafikan tugasan mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan. Jadualkerja diatur sebaiknya, walau macam mana sekalipun suasana mereka bekerja, mereka ikhlas mengharunginya. Itu pun masih ada netizen yang menempelak dan merendahkan tugasan murni barisan hadapan ini.
MW berjayamendapatkankomenterkini Izzad Mohd Idrus yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Saringan Hospital Sungai Buloh. Beliau yang juga merangkap penyelia pusat saringan hospital itu memaklumkan, dalam keadaan sebegini, pujian dan rasa terima kasih wajar diberikan kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan tak henti-henti menghargai tugasan petugas perubatan dari pelbagai kedudukan sedang bertugas. Berikut adalah komentar Izzad Mohd Idrus menerusi facebooknya.
“Setiap harisayamenerimabanyakpanggilan dan WhatsApp darirakyat Malaysia yang prihatin. Tujuannya adalahuntukbertanyamengenaikeperluan yang diperlukanoleh Pusat Saringan hospital dan tajaan lain contohnyamakananbuatpetugas. Ada juga yang cakap kami takmampumembantudarisegiperubatan dan perkhidmatan, tetapi tolong maklumkan pada kami apa lagi yang boleh kami bantu.
“Subhanallah dan Alhamdulilah, sayataksangkaresponsrakyat Malaysia berikanuntukturutsamamembantusecaratidaklangsungdalamkeadaan negara sedangmelaluisaatgetirsebegini. Namun pada masa yang samasayamemegang pada prinsip TIADA PEMBAZIRAN DAN TIADA BERLEBIHAN.
Oleh yang demikian, beberapaperkara yang boleh Tuan/Puan budimanlakukanadalah :
Jangan tumpu sumbanganmakanankepadasatutempatsahaja.Banyak tempat yang menunggusumbangananda. Pastikan jugakmakanantersebutadalah HALAL dan sihat. Risaupetugas naik berat badan selepasselesai COVID -19
Hubungi PIC untuk mengetahuiapalagikeperluan yang diperlukan. Agar setiapbarangataumakanan yang disumbangkansampaikepadagolongansasaran
Fikirkan juga keperluan lain selain makanan. Contohnya hand sanitizer dan mask yang merupakan dua benda penting untuk kami berikan kepada pesakit yang memerlukan.
Kita tak tahubilawabakniakanberakhir, jangan terburu-buruuntukmenyumbang pada minggupertama dan kedua…
Nanti ditengah-tengah dan hujung dah takde orang naksumbang…
Pada keadaan sekarang, sayamenyeruuntukturutmembantu hospital daerah dan klinikkesihatan yang turutmembukapusatsaringankecil. Saya dengarkeluhanmerekabekerjadalamsuasana yang tidakselesa. Mereka juga perlukanbantuan.
Sesungguhnya, sayaberasasangatterharudengankeprihatinanrakyat Malaysia dalammembantu hospital.Sebenarnya sumbangan yang diberikaniniadalahsebahagiandaripada ‘hiburan‘ kepadapetugassetelahpenatbertugas dan bekerjadalamsuasana yang berbeza.
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA
#FIGHTCOVID19#TeamKerjaKeras
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan terdidik. Tolong duduk rumah. Itu lebih baik. Jom bantu petugas perubatan yang bersengkang mata siang dan malam dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 ini. Diulang sekali lagi Duduk Di Rumah dan tolong jangan sebarkan virus ini lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandang isteri orang cantiknya bukan main. Kalih ke sebelah nampak muka isteri sendiri. Allahuakhbar! Kenapa rupa gini sayang oii.. terus terasa ralat. Dalam hati terdetik, ‘Kenapalah isteri tak lagi secantik waktu mula-mula kenal.’ Tergamak sungguh berfikiran semacam itu.
Hati-hati wahai suami! Bisikan syaitan itu sangat halus. Dia akan mempermain-mainkan fikiran dan emosi anda sampai anda kurang rasa kasih pada isteri yang setia. Macam-macamlah dugaan diberi.
Itu yang sampai sanggup layan chat dengan perempuan lain. Sebab tak tahan godaan. Sebenarnya, kena tenung balik diri itu. Isteri tak cantik bukan sebab apa, tapi anda sebagai suami yang MALAS nak jaga.
Inilah luahan yang disampaikan Akhtar Syamir (BroOhsem). Kisah ini benar-benar terjadi dan ianya cukup mengundang rasa kesal di hati kecil suami dan ayah penyayang ini.
Isteri Aku Tak Cantik
“Isk… Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ni.” Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek – belek membuka whatsapp group rakan – rakan. Ada yang share gambar wanita – wanita cantik beserta caption “Selamat pagi abang – abang dalam group nie”.
Cair si suami menengoknya. Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita Timur Tengah mencari pasangan, gambar – gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan – rakan yang sudah berkeluarga dan kadang – kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga.
Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar – gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat “berinteraksi” kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda – benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.
Isteri Sebenarnya Di Bawah Jagaan Siapa?
Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je.
Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sana sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia.
Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu…
Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?
Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka dia tak glowing, pembersih muka pun taknak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain – lain. Silap – silap foundation pun anda tak tau apa.
Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan – jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai.
Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja – kerja rumah tu kan berpeluh? Anda ni bela isteri ke bela orang gaji?
Mata Dan Hati Kembalilah Pada Isteri
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la.
Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak membazir, nak cantik – cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..
Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah.
Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz…
Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara – perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda.
Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda. Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah.
Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang – kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...