Buat Sendiri Makanan Diet Sihat, Walau Rebus Dan Grill Tetap Sedap

Sekarang ini mak-mak dah mula ada kesedaran amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan yang berkhasiat. Yang jual makanan sihat pun ramai. Sebenarnya, mak-mak boleh je buat menu diet sihat air tangan sendiri.

Hasilnya lebih sedap nanti. Asalkan tahu macamana cara penyediaannya. Menu diet sihat ini disediakan oleh Maryam Salleh. Mak-mak boleh cuba. Hadamkan dulu step-stepnya.

Sekarang semakin ramai yang menjual makanan diet dan sihat cenggini kann. Bagi saya surirumah ni bolehlah buat sendiri, untuk makan sendiri… Hehehe

Makanan diet sihat ni lebih kurang makanan berpantang jer, saya cuma makan ikan, daging, ayam yang di masak grill, rebus atau bakar. Alang-alang dah amalkan masa pantang tak minum ais, tak minum air bergas, tak makan nasi banyak jadi dah terbiasalah…maka nak teruskan sampailah jadi lifestyle. Gituew!

 

Buat Sendiri Makanan Diet Sihat, Walau Rebus Dan Grill Tetap Sedap

Boleh Tahan Hingga 6 Bulan

Sehari saya makan dua kali nasi. Jadi saya buat #HealthyMealPrep ni untuk 4 hari terus. Sebab ianya di simpan di bahagian chiller boleh bertahan sampai 5 hari, jika frozen boleh tahan sehingga 6 bulan.

Ads

Bahan perapan ayam :
Bawang putih,
Olive oil,
Garam Bukit,
Cajun

Bahan perapan ikan tenggiri,
Garam Bukit,
Kunyit,
Black pepper,
Mixed herb

Detail Tentang Bahan

 

Buat Sendiri Makanan Diet Sihat, Walau Rebus Dan Grill Tetap Sedap

Ayam dan ikan – ini saya perap dulu semalam nak kasi bahan perapan meresap. Esoknya barulah saya grill atas fry pan guna sedikit olive oil.

Ads

 

 

Untuk sayur – seperti carrot, brokoli, capsicum nak bagi kekal segar Caranya stim/rebus dulu sekejap kemudian angkat panas-panas tu dan masukkan ke dalam rendaman ais.

Sejukkan dulu lauk yang di grill, kendian masukkan dalam tipuware, tutup bekas, dan barulah di simpan dalam peti ais. So senanglah nak makan just keluarkan satu bekas, kemudian boleh panaskan. Setel makanan untuk empat hari.

Ads

Tengoklah warna warni dalam bekas tu… ceria bukan?… Mana ada bosan makan macam ni…enjoyy…!

Oh ye saya makan dengan nasi panas.

 

 

MW : Nampak menarikkan, kalau berdiet pun rasa tak rugi. Masih boleh makan sedap.

Sumber/Foto : Maryam Salleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI