Buat Sendiri LAKSA BERAS ‘Fresh’ Sedap Lain Macam, Cantik Tak Putus-Putus!

Share

Jika tiada laksa kering, sebenarnya boleh buat sendiri laksa beras di rumah. Mudah je hanya gunakan 4 bahan, malah cara nak buat pun senang dan laksa cantik tak putus-putus. Terjamin halal, suci dan sedapnya memang lain macam apabila dimakan dengan kuah laksa.

Boleh cuba buat sendiri laksa beras ‘fresh’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashraf
ini sebagai panduan

Kami tinggal berdua saja, suami-isteri. Hari ni teringat laksa Penang, tapi lupa nak rendam laksa kering.

Saya uli 1 cawan tepung beras dengan sedikit minyak dan 1/2 sudu besar tepung gandum. Campur air panas sikit-sikit sampai dapat adunan lembut tapi tak melekat pada tangan.

Tekan guna acuan ke dalam periuk pengukus. Kukus 20 minit.

Keluarkan dan rendam dalam air sejuk hingga hendak dihidang.
Laksa beras fresh ni sedap dia lain macam. Lepas tu, cantik, tak putus-putus, InshaAllah.

Alhamdulillah, cukuplah tu untuk kami berdua malam ini.

 

Baca Lagi Di Sini:
Hati-Hati, BAHAYA Rebus Laksa & Telur Dalam Satu Periuk!

Tak Perlu Masak Lama, Ini Cara Mudah & Cepat Rebus Laksa Kering!

Resipi LAKSAM Sedap & Mudah Sukatan Untuk 4 Orang Makan

Mingguan Wanita: Menariknya, boleh cuba buat sendiri laksa beras sendiri di rumah. Memang sedap, cantik dan tak putus-putus.

Sumber: Ummu Ashraf

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab