Sebelum nie, nak makan rojak buah mesti tercari-cari kedai yang kena dengan tekak. Silap gaya, tak kena dengan selera kita pulak. Lepas tu,susah pulak nak dapatkan. Kalau ada pun kuah rojak yang memang dah siap di pek dalam botol.
Kali nie, tak payah pening-pening, buat je sendiri kuahnya. Baru puas hati. Nak letak kacang atau nak pedas ikut selera kita pun boleh. Buah-buah pun ikut apa yang nak dicicah dengannya. Beli siap-siap yer.
Buat Sendiri Kuah Rojak
Kali ini, Ameera berkongsi resipi buat sendiri kuah rojak. Puas hati betul. Katanya,
“Siapa suka makan rojak buah boleh la ikut resipi ni, Insya Allah mesti semua suka. Pekena sekali nak berkali kali.“Ada jambu, nenas, timun, belimbing, pelam,sengkuang. Nak letak pelbagai buah pun boleh, Ikut suka hati.
Cara-cara membuat pada gambarnya.
Masukkan 1 botol kicap ke dalam periuk, kicapnya bukan botol..
Gula kabong. Sedap buat kuah rojak pakai gula kabong..
Cili padi 10 biji, cili kering 7 tangkai, cili merah 1 biji. Ikot la jika nak pedas letak la lebih. Sukatan ibu ni ngam ngam anak boleh makan..
Terlupa 1 bahan tadi, belacan tau. Masukkan kesemua dalam blender. Letak air sikit sahaja..
Ads
Blendkan..
Masukkan terus dalam periuk. Api perlahan sahaja. Jangan kuat.
Sos cili 2 sudu makan ikot sukatan, ibu dah biasa tu yang main tonggeng je tu. Well.
Gula putih 3 senduk, ikot la kalau taknak manis sangat boleh kurangkan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Asam jawa 1 sudu makan, ibu pakai asam jawa adabi. Sedap!.
Ads
Otak udang 1 sudu makan. Gaul tau, jangan letak biar, nanti melekat di bawah jadi hangit. Gaul je!.
Tepung jagung 3 sudu makan, tujuan untuk melikatkan dan memekatkan kuah rojak kita..
Letak air sikit di tepung jagung tu dan masukkan dalam periuk..
Gaul je tau dengan api perlahan, dia akan pekatkan kuah rojak kita. Perghhhh.
Gorengkan bijan sampai kekuningan.
Ads
Dah pekat likat kuah rojak kita tu tutup api, masukkan bijan ke dalam kuah rojak.
Dah masak.
Kacang digoreng, ditampi dan diblend. Mudah je!.
Haasilnya.
Anak pun suka makan.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, bolehlah cuba buat sendiri. Ikut selera tekak kita dan keluarga. Buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Kalau nak jual untuk tambah duit poket pun boleh.
Artikel in telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis
Sumber: Ameera
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekali tengok, macam susah betul nak buat creampuff nie. Jawabnya, kalau teringin nak makan mesti beli kat kedai atau order dengan kawan-kawan. Nasib hari tu, tak kena dengan selera kita, krim pula terlebih atau tak seperti selera yang kita nak. Mesti frust.
Kalau yang rajin tu, buat saja kat rumah. Tapi buat sendiri, kena dengan resipi memang menjadi dan mana tahu lebih sedap daripada beli kat kedai. Walau bagaimanapun, ada juga yang mencuba dua tiga kali tapi tetap tidak menjadi.
Kali ini, Azlina Ina berkongsi cara untuk membuat creampuff 1gebu. Cara yang diajarnya pun cukup senang dan mudah. Mak-mak amatur pun boleh buat.
“Ini resipi yang saya ajar paling mudah. Sambil pejam mata pun boleh buat sebab senang sangat nak membuatnya.
Bahan dan cara membuatnya disertakan bersama gambar.
Panaskan 1 1/2 cawan air masak atau lebih kurang dalam 375ml
1sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
100 gram mentega
Biarkan seketika sehingga mentega cair.
Kemudian, perlahankan api dan masukkan tepung yang sudah diayak.
Bahan: 1 1/4 cawan tepung gandum (140 gram)
2 sudu kecil baking powder @ 1 sudu kecildouble action powder
Kacau rata tepung tadi dengan api perlahan. Apabila tepung menjadi pekat, tutup api dan teruskan kacau.
Kacau sehingga adunan tidak melekat pada kuali.
Selepas itu, masukkan esen vanila dan 3 biji telur. Kacau menggunakan senduk sahaja. Masukkan satu persatu telur dan kacau.
Adunan dah jadi cantik seperti ini.
Masukkan mata nozel yang berukuran 1-2m. kalau tidak ada, boleh gunakan nozel semperit. Sebaiknya gunakan plastik piping beg yang tebal.
Sebelum tekan paip adunan, sapu mentega pada loyang dan bentuklah jenis yang anda suka. Petuanya: Boleh spray air ke atas puff supaya tidak kering semasa sejuk dan bertambah gebu.
Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selsius selama 30-35 minit. Biarkan ia betul-betul kekuningan dan garing. Pastikan betul-betul masak. Tanda sudah masak bila adunan itu menjadi perang dan bahagian bawah puff agak gelap sedikit.
Biarkan seketika dan gunting bahagian tepi supaya ada rongga untuk masukkan inti.
Bahan: cream
250g cream cheese
5 sudu besar susu pekat
2 cawan whipping cream non dairy mix.
Campurkan semua bahan di atas dan masukkan isinya ke dalam puff.
Boleh juga campurkan dengan instant kastard.
Selamat mencuba.
MW: Siapa penggemar creampuff boleh la buat kat rumah ye. Senang sangat nak buat. Ikut resipi ini satu persatu..mesti jadi.
Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun, nak rasai kuih seri muka yang benar-benar menepati citarasa agak sukar. Seringkali kuih seri muka yang dibeli mahupun dibuat kurang berlemak, tekstur keras dan warnanya pun pucat.
Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nazian Rahman ini. Menurut beliau, resipi ini menggunakan 100% daun pandan dan kuih seri muka ini juga sering menerima tempahan daripada kawan-kawan.
Berikut perkongsian resipinya;
“Kawan call pukul 1 nak seri muka
Pukul 6 pickup.
Alhamdulillah, nasib menjadi walau tak cantik mana.
100 % daun pandan”
Bahan-Bahan (Lapisan Bawah):
500gram Beras Pulut(Direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
300ml Santan Pekat (Kakyan guna santan KARA)
300ml Air
2 Sudu Kecil garam halus
Cara Membuat:
Kukus pulut bersama santan selama 30minit, tekan dan padatkan guna loyang 10×10, loyang disapu sedikit minyak dan dilapik dengan plastik berukuran 16×16
Bahan-Bahan (Lapisan Atas):
250gram Gula
100gram Tepung Gandum
20gram Tepung Kastard
400ml Santan
400ml Air +
16 Helai Daun Pandan (Dikisar)
Campur secubit kayu manis semasa kisar
4Biji Telur Gred A
11/2 Sudu Kecil Garam
Sedikit Pewarna Hijau (Kalau warna pucat sangat boleh letak setitik dua)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan diatas, kacau sebati dan tapis kedalam periuk kukus.
2.Masak dengan api perlahan hingga naik wap.
3.Kemudian, tapis sekali lagi,kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.
4. Tutup dengan Aluminium Foil, Kukus lagi 30 minit sehingga masak.
Air lawa. Bunyi macam pelik namanya. Sebenarnya, ia macam air asam juga. Sedapnya kalau dapat cicah dengan ikan bakar. Tak perlu lauk lain pun dah cukup.
Mungkin ada antara kita tka pernah denganr air lawa. Tapi kalau sebut air asam semua orang tahu. Inilah air asam yang boleh kita makan dengan daging rebus, daging bakar atau perut. Nak makan dnegan ikan bakar pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Resipi istimewa dari Ida Shahida untuk raya korban nanti. Boleh jadikan salah satu menu yang wajib ada untuk cicah dengan daging yang dimasak nanti.
Ini adalah sambal yang saya guna untuk cicah daging rebus. Mesti selera makan akan bertambah-tambah dengan kesedapan dan keharuman sambal ini.
Kalau orang melayu, pasti kena dengan selera melayu dan paling bestnya, kesedapannya mengalahkan semua air asam untuk cicah daging.
Resipi Air Lawa – Ia sejenis air asam yang tidak dimasak untuk dicicah dengan daging atau ayam bakar/rebus.
AIR LAWA (cicahan daging rebus atau bakar)
Bahan:
2-3 kilo daging@perut – direbus empuk
(jika hanya sekilo daging, dikurangi bahan)
Bahan A : Dikisar halus
10 batang serai
½ inci halia
1 inci lengkuas
1 genggam kelapa parut disangai (jika ada)
15 ulas bawang merah
1 gengam daun kesum* (ambil daunnya sahaja)
4 tangkai daun selom (laksa)*
10 helai cekur*
10 helai daun selasih*
(sekiranya tiada kesemua jenis daun tersebut, maka gunalah yang mana mana ada di antaranya sahaja).
15 biji cili padi – (suka pedas boleh tambah)
3 tangkai cili besar/merah
1 sudu belacan bakar
Bahan di atas dikisar sekalian semuanya.
Bahan B
1 cawan santan segar kental @ 1 kotak kecil (200ml) santan
(tak perlu dimasak jika air lawa berlebihan simpan dalam peti ais untuk dimakan esok pulak)
3 sudu kerisik
2 biji air limau nipis
Garam
1 sudu gula putih
1 sudu gula merah
ajinomoto (jika suka) (boleh tambah/kurang apa2 bahan diatas ikut sedap rasa anda)
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus tadi dalam bekas.
2. Campurkan santan, kerisik, garam, gula, dan air limau nipis.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap maka bolehlah dicicah dengan sebarang jenis daging atau pun ulam ulaman…
.
.
Mudah kannnnnn….
Saya Hidangkan bersama daging rebus dan perut.(sebagai pencicah)
pastu makan ngan nasi panas panas. Sedap sangat.
Mingguan Wanita : Kecur pula air liur ye. Nanti kita cuba buat.