Memang semerbak aroma bau roti satu rumah bila ramuan utamanya ialah bawang putih, mentega dan krim keju. Sedap tak terkata dapat makan panas-panas, kerana rotinya rangup di luar dan lembut didalam dengan keju yang mencair.
“Harini nak share resepi ‘Korean Cream CheeseGarlic Bread’ sedappp..rangup kat luar lembut kat dalam. Rasa garlic (bawang putih) campur cream cheese cair makan panas-panas memang terbaik.”
“Untuk roti saya buat sendiri setiap satu doh berat 65g. Tapi kalau nak cepat, boleh je beli bun yang dah siap. Bagi sesiapa yang nak buat roti sendiri, saya bagi resepinye. Super lembut roti ni.”
70g air
5g yis
38g gula
60g susu segar (sejuk)
Sebiji telur sejuk (gred b)
250g tepung roti
Sedikit garam
40g majerin
1.Satukan semua bahan kecuali marjerin.
2.Lepas semua bahan dah sebati, baru masukkan marjerin. Uli sampai elastik..(saya guna stand mixer)
3.Lepas dah jadi doh, timbang setiap satu 65g.
4.Rounding atau bulatkan dan biar kembang dua kali ganda..then terus bakar suhu 180 selama 20 mnit..ikut oven masing-masing ye.
150g cream cheese
20g gula halus
* sebatikan dua-dua bahan ni sampai jadi creamy dan masukkan dalam piping bag atau plastik.
Sebiji telur (saya guna gred b)
100g Butter (cairkan)
15 ulas bawang putih (cincang halus)
25g Madu (boleh ganti gula)
20g Whipping cream (boleh ganti susu)
2 sdb mayonis
3 sdb parsley kering
*sebatikan semua, kalau butter keras, masukkan dalam microwave kejap bagi adunan cair, so senang nak celup.
1. Roti belah 4 kali. So akan ada 8 bahagian.JANGAN belah sampai habis tauu..belah sampai bawah tapi jangan sampai kulit bawah roti tu..aaa paham x.
2. Piping kan cream cheese dekat setiap belahan roti.
3. Celupkan roti dalam garlic sauce, depan belakang atas bawah..bagi semua bahagian roti tu kena.
4. Lepas tu, piping kan cream cheese dekat bahagian atas roti..ni kalau tak nak pon takpe dan taburkan bread crumbs untuk kasi crunchy.
5. Bakar roti pada suhu 160 selama 15 minit atau agak-agak la bila dah nampak roti brown dan garlic pon dah bau kuat.Lelehan butter pon dah keperangan so kira masak dah la tu. Time ni sedap wuu bau satu rumah.
Lastly, dah boleh makannn..Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri Rotiboy Di Rumah, Tak Payah Beli Dekat Kedai
Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!
MW: Wah sedapnya roti ni. Terasa kelembutan roti, cheese yang cair dengan harum wangi bau bawang putih dan mentega. Mak-mak yang suka makan roti, nak bawa bekal untuk anak sekolah pun sesuai sangat. Kenyang!
Sumber: Atisha Kamarudin