Bagi yang suka minum kopi, kalau tak pekena sehari boleh rasa lain macam, lebih-lebih lagi kopi kampung yang memang sedap katanya. Rasanya mesti nak kena minum kopi. Mungkin itu yang buat diri rasa lebih segar dan bersemangat setiap hari.
Kebiasaan, kalau dah selalu minum kopi kampung, boleh buat kita rasa ketagih. Malah ada yang sampai sepanjang hari kena minum, kalau tak badan tidak keruan.
Ada juga yang dah terbiasa minum kopi yang biasa dibeli atau di kafe yang memang dipercayai sangat sedap. Tapi, harganya pun boleh tahan juga.
Jadi, kalau nak rasa kopi latte ala kampung yang memang sepadan dengan kafe-kafe yang selalu minum, boleh cuba buat sendiri. Rupanya tak adalah susah sangat.
Paling best, buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Inilah yang dikongsikan oleh Madihah Hamid untuk membuat kopi latte ala kampung.
“Kopi latte ala kampung ketagih dan menjadi pilihan seisi keluarga saya.
“Bestnya, buat banyak-banyak, simpan dalam peti, lagi lama dalam peti, lagi sedap. Kalau nak minum, panaskan seketika.
Resipi:
Sebuk kopi – tak kisah apa-apa jenama kopi kampng
Susu kotak @ susu segar
Gula melaka
Air
Cara Membuatnya:
1. Sedapnya.
2. 2 sudu serbuk kopi,
3 sudu gula (boleh guna gula melak, kabung, apung atau gula merah.
400ml air
600ml susu
3. Masakan air kopi.
4. Tunggu sehingga gelegak.
5. Biarkan selama seminit, tutup api.
6. Masukkan gula dalam jug.
7. Panaskan susu seketika, setakat berbuih di tepi periuk.
8. Gunakan jug yang angaran 1 liter.
9. Campurkan air kopi (perlu ditapis serbuk kopi) dan susu. Sedia untuk di minum.
Tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti.
“Lagi lama dalam peti lagi sedap, saya panggil peram kopi.”
Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Selamat mencuba.
MW: Nanti bolehlah cuba di rumah. Buat banyak-banyak, nak minum sejuk pun boleh.
Sumber: Madihah Hamid
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita