
Sebenarnya tak perlu pun keluar modal besar-besar untuk dapatkan ruangan kitchen bar (bar dapur) idaman hati.
Terpesona lihat, kitchen bar di kediaman Diyana Mahmud ini. Paling penting sekali, buat sendiri dan modal untuk table top tu cuma RM59.
Katanya, “Saya nak kongsi DIY kitchen bar dibuat dengan menggunakan table top Linnmon Ikea.”
“Kaki untuk kitchen bar tu, saya gunakan kayu yang dah ada dekat rumah dan spray warna putih.”
DIY Kitchen Bar Mudah Pasang
1. Guna table top ini.
2. Pasang bracket untuk lekatkan ke dinding.
3. Untuk kaki buat macam ini.
*kaki buat dan pasang sendiri. Gunakan spray putih sama warna dengan table top.
4. Letak sealer antara dinding dengan kaunter.

Sealer tu ada dijual dekat kedai hardware. Warna putih dalam bekas. Ala-ala kapur. Tujuan letak sealer tu tak nak bagi ada gap antara table top dengan dinding.
5. Inilah hasilnya.
MW : Mudahkan.. buat sendiri pun boleh. Lebih jimat dan tak perlu upah orang.
Sumber/Foto : Diyana Mahmud
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

Isi Kandungan
ToggleMemang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Berikut 8 cara untuk hilangkan kutu beras yang boleh dilakukan di rumah.
1. Daun Limau Purut
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
2. Asam Keping
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
3. Daun Pandan & Daun Bay
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
4. Cili Kering
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
5. Kulit Kayu Manis
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
6. Jemur Bawah Matahari
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
7. Guna Kain Lembap
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.

Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
8. Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Simpan beras dengan betul
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Sumber:Marina Mariana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lampu Mati Atau Tiada Elektrik, Buat LILIN Sendiri Tahan Lama Berhari-Hari

Isi Kandungan
ToggleWaktu kecemasan seperti lampu mati dan tiada elektrik tengah malam memang membimbangkan. Apatah lagi jika tiada stok lilin di rumah dan kedai pula dah tutup. Alamatnya bergelap gelita lah sepanjang malam.Sebenarnya ada cara mudah untuk kita belajar buat lilin sendiri. Guna minyak goreng dan putik kapas (cotton bud) sebagai bahan utama.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Anisah Connie ini.
Tips jika bila lampu mati atau tiada elektrik. Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari.
Bahan-Bahan :
Gelas
Air
Minyak Goreng
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cara Membuat :
1. Isi dasar gelas dgn batu-batu atau manik.
2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibahagian tengah.
3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.
4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.
5. Nyalakan guna mancis atau lighter, Boleh tahan sampai berhari-hari.
Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini :
Gaduh Berebut Tiup Kek Birthday, Dua Beradik Dijemput Tiup 500 Lilin Sepuas Hati
7 Cara Bijak Gunakan Penyaman Udara, Sekaligus Jimatkan Bil Elektrik Melambung Tinggi Setiap Bulan
Mingguan Wanita :Menarik juga idea buat lilin sendiri guna minyak goreng dan putik kapas ni. Waktu kecemasan bila tiada elektrik dan lilin dekat rumah boleh cuba buat lilin sendiri ni.
Sumber: Anisah Connie
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pastikan Ayam Benar-Benar Segar & Baru, Teliti Dahulu 5 Perkara Ini Sebelum Beli!

Isi Kandungan
ToggleBila dah jadi mak-mak ni, ‘ilmu’ memilih barangan segar baik di pasar basah mahupun pasaraya bagaikan suatu kemestian.Bila ada ilmu barulah, barulah barangan yang dipilih benar-benar segar dan berbaloi dengan harga yang dibayar.
Salah satu bahan mentah yang sering dibeli dan menjadi kemestian ialah ayam segar. Ayam sering dijadikan menu hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun seringkali juga ayam yang dibeli sudah berbau dan lagi tidak segar setelah dibeli.
Menurut perkongsian seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam memilih ayam segar ini.
Berikut merupakan antara perkongsian dari beliau;
“Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak. Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam”.
Lima Tip Memilih Ayam Segar
1. Warna Ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur Ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah Ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau Ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.
Mingguan Wanita : Semoga tip berguna ini boleh dijadikan panduan buat mak-mak dalam memilih ayam yang benar-benar segar untuk hidangan keluarga tersayang.
Sumber: RuQayyah Muhd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI