Lebihan nasi yang tak habis jangan dibuang boleh buat macam-macam. Salah satunya mak-mak boleh jadikan keropok nasi sejuk. Caranya tak rumit mana, kena ikut satu persatu langkah yang dikongsikan oleh Puan Eina Izzaraini. Dah siap goreng boleh lah buat kudapan sambil tengok tv ke, makan dengan nasi goreng atau bihun goreng pun sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
“Keropok nasi sejuk.Pertama kali buat.Terima kasih empunya resipi halalkan ya.”
Bahan-Bahan;
Nasi Sejuk
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Garam
Tepung ubi
Cara Membuat:
1. Rendam nasi sejuk dalam 1 jam, kemudian tos bagi kering air, kemudian blend kering.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis.
3. Gaul semua bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula kalau suka.
4. Masukkan tepung ubi ke dalam bahan-bahan tadi uli sampai tak lekat ditangan. Tepung letak sikit-sikit ya.
5. Dah siap bentuk-bentukkan kemudian rebus sampai timbul ya.
6. Angkat sejukkan sikit kemudian letakkan pewarna kesukaan.
Ads
7. Dah siap simpan dalam peti sejuk semalaman untuk senang kita potong.
8. Lepas potong nipis semua boleh la jemur. Saya jemur 1 hari ja, tempat saya panas sekarang.
Dah tak tahu nak masak apa? Maklum saja, sebelum PKP bolehlah sekali sekala beli makanan kat luar. Tapi macam sekarang nie tak adalah banyak pilihan. Daripada pening nak fikirkan pasal makanan yang tertentu sahaja dijual, lebih baik makan sendiri. Baru puas hati.
Biasa mak-mak masak makaroni keju, makaroni goreng yang mewah dengan lauk daging, udang ayam dan macam-macam lagi yang diletaknya. Apa kata kali ini mak-mak cuba masala makaroni. Resipi ini dikongsi oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Katannya:
“Kalau mak-mak nak masak makaroni untuk hidangan keluarga, boleh cuba sesuatu yang berbeza. Masala makaron nie sesuai untuk penggemar sayur sebab ia tak guna sebarang daging dan lauk lain. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun boleh jadi suka.
1 paket makaroni (atau sebarang pasta pilihan) – rebus dengan air dan garam hingga lembut, toskan)
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar @ holland- cincang
6 ulas bawang putih – cincang
2 inci halia – cincang
1 biji capsicum – cincang
3 biji tomato – cincang
2 – 3 biji cili hijau – hiris (saya guna cili padi)
Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sebentar. Masukkan sos tomato, sos cili. Gaul rata dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato, lobak dan cili hiris. Tumis hingga tomato lembut. Masukkan perahan limau, kacau rata.
Masukkan pasta. Gaul rata. Masak hingga sos dan pasta sebati. Masukkan kacang peas. Gaul rata. Kacau2 seketika.
Masukkan capsicum dan daun ketumbar. Gaul rata. Kacau2 sekejap. Akhir sekali masukkan parutan keju. Gaul rata. Siap….
Sambal jering? Eii..ada yang dengar pun dah tutup hidung dan tahan nafas. Ya, bau jering memang unik; ‘busuk’ tapi sedap gitu! Hanya penggemarnya yang tahu betapa nikmat kelazatannya. https://www.facebook.com/nurul.azwa.509
Boleh dimakan mentah sebagai ulaman, direbus, masak lemak, sambal dan macam-macam lagi. Tentu masih ramai yang menggemarinya.
Dalam tempoh PKP ni, ada tak yang rindu nak masak dan makan jering? Kali ini dikongsikan resipi ringkas sambal cili padi jering tua dengan bilis. Resipi ini sangat pedas ye. Jadi, awas bagi yang kurang suka pedas. Atau anda boleh kurangkan jumlah cili padi dan tambah sedikit cili besar merah.
PENTING: Untuk masakan ini, gunakan JERING TUA ye. Kalau boleh, yang sudah selaput dalamnya sudah berwarna kecoklatan. Baru ngam! Guna jering muda..memang tak jadi!
15-20 keping jering tua – buang kulit luat, tinggalkan selaput dalam. Kerat 3@4
1 genggam bilis
20-30 biji cili padi hijau atau merah (bergantung kepedasan yang dikehendaki) – kisar
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
Minyak masak
Panaskan minyak dengan jumlah agak banyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Goreng jering tua yang sudah dipotong tadi hingga agak garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan cili padi kisar dan tumis. Masukkan asam keping, tumis hingga cili kelihatan garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Pastikan cili benar-benar masak sebelum masukkan bahan lain.
Tambah minyak dari semasa ke semasa jika perlu, agar cili dapat masak sepenuhnya.
INGAT: Kena sabar dan masak agak lama. Bila cili masak sempurna, taklah nanti sakit perut walau pun pedas berdesing.
Masukkan bilis dan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
Siap. Sangat mudah kan? Boleh juga gantikan jering dengan petai. Mantap!
Salah satu menu yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali ke IKEA pastinya meatball atau bebola daging. Dimakan dengan sos berkrim dan jem lingonberry nya. Buat mak-mak yang teringin nak buat sendiri meatball Ikea ni, boleh cuba resipi yang dikongsian oleh Puan Zan Zafirah Zainal ini.
Menurut wanita ini, resipi tersebut diambil daripada laman rasmi yang dikongsikan oleh IKEA Australia sendiri. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati makan.
“Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.”
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak nak bagi keras sikit.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5.Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
6.Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.Kuah Siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.