Nak raya hari tu, mesti susah nak dapatkan kerisik. Sana sini mesti habis, maklumlah, mak-mak nak buat rendang kena ada kerisik, barulah sedap. Jawabnya, ada yang masak rendang tak bubuh kerisik.
Lepas nie, tak payah pening-pening pasal kerisik habis stok. Mak-mak boleh buat sendiri kat rumah. Simpan dalam peti ais dan tahan lama. Bila-bila boleh guna.
Khadijah Jaafar, berkongsi tentang cara nak membuat kerisik. Kalau dahulu, mak-mak goreng dalam kuali, kali ini hanya perlu bakar seketika dalam oven sahaja. Ikuti perkongsiannya.
“Cik Tie tunjukkan cara buat kerisik dengan mudah. Tak perlulah kena goreng lama-lama. Mmg lenguh ler tangan duk mengacau tunggu kering garing. Bila beli yang dah siap tak elok pulok, ada yang bau tengik.
Ads
Biasanya kat kenduri bila buat kerisik banyak guna kaedah ni, goreng & blender dengan sedikit minyak.
Cik Tie mudahkan lagi dengan bakar dulu dalam oven.
Sape yang nak buat kaedah lama goreng & tumbuk dengan lesung tu silekan. Jangan kecam plak kita bagi cara mudah nih yek.
Siapa yang x de oven boleh skip step oven tu. Terus aje goreng dalam kuali sampai garing helok.
Ads
Meh sini Cik Tie ajar kaedah yang mudah. Kalau nak buat banyak gandakan lagi. Sini Cik Tie buat 1 biji kelapa sahaja.
Panaskan dulu oven 100 C. Bakar di dalam oven pada suhu 100 C selama 15 minit. Kacau-kacau sket ye kelapa tu.
Ads
Kemudian, turunkan suhu 80’ selsius selama 40 – 60 minit. Bergantung kepada tahap kepanasan oven. Kemudian, gorengkan dalam kuali. X sampai 15 minit helok garing dah kelapanya. Kalau tidak mahu lenguh tangan duk mengacau bagi kering. Masukkan kelapa ke dalam blender bersama dengan minyak anggaran 100 – 150ml. Agak² sampai boleh blend kelapa tu ye. Jangan terlebih minyak nanti jadi cair. Blend ler sampai helok keluar minyak. Oh ye, mase blend pastikan kelapa masih panas lagi ye. Kalau sejuk x jadi cantik nanti, minyak dari kelapa tak kluor. Kerisik kelapa akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas. Insyaallah boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk.
MW: Mudah sangat nak buat kerisik. Lepas nie, mak-mak boleh buat sendiri je kerisik nie. Simpan dalam peti ais untuk bagi tahan lama.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Sekali tengok macam kuih lapis.Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ni bukan kuih lapis.Ini puding tau.”
“Puding 3 bahan, nak buatnya pun mudah.Dah siap ni, kita potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan.Esok pagi sambung makan lagi.”
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.Toskan.
2.Masukkan semua bahan dalam blender, blender sampai halus.
3.Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Tak semua orang suka mengambil jamu kan. Kononnya, jamu hanya untuk orang dulu-dulu dan sekarang nie lebih kepada suplemen sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga anak-anak muda atau mak-mak yang ikut tradisi nenek moyang dengan mengamalkan pengambilan jamu untuk awet muda dan kesihatan dalaman.
Ada baiknya dan belum cuba belum tau. Mungkin dengan cara ini, boleh membantu kita dalam menangani masalah kesihatan dalaman dan sekaligus untuk nampak awet muda. Boleh cuba nanti.
Perkongsian daripada Hamizah Jamian boleh membantu anda untuk mencuba jamu ini. Boleh buat banyak untuk stok nanti. Minum sejuk-sejuk, barulah sedap kan.
“Saya sudah 18 tahun mengamalkan minum jamu ini. Mak yang ajarkan. Bukan untuk membantu kita awet muda tapi membantu membersihkan rahim dan hilangkan rasa sakit senggugut.”
Bahan-bahan:
Ibu kunyit hidup
Asam jawa
Gula perang
Cara Membuat:
1. Bersihkan kunyit dan kisarkan dengan air masak.
2. Masukkan sekali gula perang.
3. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam periuk. Didihkan bersama asam jawa.
4. Rasa manis, masam itu bergantung kepada citarasa anda sendiri.
Selamat mencuba.
MW: Pernah sebelum ini viral tentang jamu kunyit kan. Bolehlah cuba nanti. Tak payah beli, buat sendiri lagi puas hati. Ikut citarasa kita.
Kredit: Hamizah Jamian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.
Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.
Berikut perkongsian tersebut;
HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.
Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.
Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.
Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.
Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.
Cara Membuat:
Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).
Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.
Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Info Ekstra!
Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.
IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.
Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.
Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.
Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.
Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:
Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.
2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.
3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!