Buat Sendiri Kek New York Cheese Ala Secret Recipe, Lagi Jimat!

Share

Buat sendiri kek memang jauh menjimatkan daripada beli di kedai. Antara kek yang digemari ramai ialah kek New York Cheese di Secret Recipe. Peh! Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi bagi penggemar cheese, boleh tak tidur malam dibuatnya!

Tapi, biasanya, kalau beli di kedai bakeri berjenama itu, harganya hampir mencecah RM100. Jadi, apa kata cuba buat sendiri di rumah? Bajet tak sampai RM60! Wow! Memang lebih menjimatkan kalau buat sendiri kan? Tak gitu?

Baca resipi lain sini:

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap

Beli Harganya Boleh Tahan, Buat Sendiri Kek TORNADO Viral,Padu Rasa Coklat!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Resipi untuk Kek New York Cheese ala Secret Recipe ini dikongsikan oleh puan Azura, sempena ulang tahun kelahiran suami tersayang. Katanya, suaminya yang request buat kek kegemarannya itu.

Nak Tahu Cara Buat?

Jom kita teliti, apa bahan-bahannya. Lepas ni bolehlah buat untuk majlis-majlis atau sebagai buah tangan bila balik kampung raya haji nanti. Tak pun boleh dijadikan penyeri hidangan di hari raya. Memang tak rugi mencuba. Sangat sedap!

Apa Resipi Buat  Kek New York Cheese Ni?

Bahan-bahan:

*500 gram Cream cheese

* 500 gram Sour cream

Biskut digestive

Mentega buttercup (guna separuh)

*4 Sudu besar gula halus

* 4 sudu besar tepung gandum

* 2 biji telur

* ½ biji lemon – parut kulit dan perah ambil jus

1 sudu kecil esen vanila

Bahan Untuk Topping:

4 sudu besar gula perang
10-15 biji blueberi

**Bersihkan buah dan masukkan dalam periuk untuk dimasak, Tambahkan gula perang, boleh kurangkan jika tidak suka manis. Sebab buah tu dah ada manisnya. Reneh di atas api sehingga buah dan gula larut dan pekat. Sejukkan seketika. Simpan di dalam bekas kedap udara. Keluarkan bila hendak guna.

CARA MEMBUAT:

Hancurkan biskut digestive sampai lumat kemudian rata kan Di dalam loyang bersama butter yang dah sedia cair. Masukkan di dalam peti ais supaya ia keras. Ketepikan.

Gunakan Mix hand untuk  semua yang bertanda (*) sampai kembang cantik. Kemudian masukkan bahan yang dah sebati ke dalam loyang. Dalam masa yang sama, panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celsius.

Masukkan Loyang ke dalam oven dan sedia untuk bakar kek sehingga 1 jam 20 minit. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.

Akhir sekali, barulah letak jem blueberi sebagai topping di bahagian atasnya. Siap!!

MW: Nak beli memang kek ni harganya boleh tahan mahal juga Bila buat sendiri, bolehlah berjimat. Resipi dah dikongsi ni…jangan tak cuba tau!

Resipi: Azura 

 

 

Published by
Nurul Azwa