Buat Sendiri ‘Jacket Potato’, Makanan Jalanan Di Britain Musim Luruh & Sejuk!

Share

Bagi peminat kentang, boleh cuba buat sendiri ‘Jacket Potato’ ini. Makanan jalanan yang cukup popular di Britain pada musim luruh dan sejuk. Makan panas-panas memang sedap. Nak buat pun mudah, malah sihat dan cukup mengenyangkan!

Ikut resipi ‘Jacket Potato’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini sebagai panduan.

Jom kita ke United Kingdom (UK). Jacket potato atau baked potato ialah makanan jalanan di Britain semasa musim luruh dan musim sejuk.

Ubi yang dibakar ialah jenis Russet kerana isinya yang gebu apabila masak dan saiznya yang besar. Biasanya ubi yang telah dibakar dibelah tengah dan isinya ‘digaru-garu’ (fluffed) sebelum diletakkan kacang panggang atau tuna atasnya.Saya kira apabila sampai ke Amerika, mereka jadikannya lebih berat dan mewah dengan tambahan keju dan sebagainya.

Jika ditanya sayur apa yang dimakan oleh semua kanak-kanak, ubilah jawapannya. Walaupun dalam keluarga sayur-sayuran, ubi berkanji dan kaya dengan karbohidrat. Lebih kurang nasilah maknanya.Ubi jika dibakar sahaja dikatakan makanan yang sihat. Apabila dibakar dan diletak keju macam ni, saya rasa jatuh kategori ‘sihat’.

Selamat mencuba makanan kegemaran En. Anuar (ubi).

Penerangan pada setiap gambar:

1.Ubi kentang dibersihkan dan dicucuk-cucuk dengan garfu.Kemudian lumur dengan minyak dan garam.

2.Bakar dalam oven 180°C/ 350°F selama ~1 jam api atas dan bawah.

3.Siap dibakar.

4.Guna penyepit untuk pegang ubi kerana sangat panas dan belah dua setiap ubi.Pastikan belah arah lebar supaya nanti ubi yang separuh senang hendak ‘duduk’.

5.Dengan sudu, korek bahagian tengah ubi dan ambil kesempatan ini untuk susun ubi atas dulang. Pastikan ada isi ditinggalkan ~¼ inci pada kulit ubi.

6.Begini isi ubi. Ada dua biji ubi yang kurang comel jadi saya guna kesemua isinya.

7.Pada isi ubi tambah:
1 labu bawang besar saiz kecil – dicincang halus
1 sudu makan oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk stok ayam
3 ulas bawang putih – dicincang halus

8. Tambah juga:
1 biji telur (nampak tak sebelah kiri tu?)
3 sudu makan mayonis
2 sudu makan cuka
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu suam

9.Lecek sehingga halus. Jika hendak nampak hijau dan merah, boleh tambah hirisan daun bawang dan cili benggala merah yang dicincang.

10.Sudukan kentang lecek ke dalam kulit ubi yang disusun tadi. Letak bumbun/penuh.

11.Lapiskan keju cheddar dan keju sandwich/ mozarella.

12.Hiris keju. Akan dapat berbelang begini. Kemudian potong memendek pula.

13.Taburkan keju atas ubi lecek dalam kulit ubi atas dulang tadi.

14.Bakar kembali dalam oven ~15 minit.Rasa keju berbeza pada tahap yang berbeza. Jika mahu garing sedikit sehingga ada tompok-tompok perang pun sedap.

Begini hanya cair dan meleleh sahaja. Rasanya lebih berkrim.

15.Untuk sampingan, saya cuma masak hot dog yang dikelar-kelar.Jika mahu, boleh hiris nipis-nipis dan goreng, kemudian hancurkan dan tabur atas ubi. Rangup.

16.Begini rupanya. Lebih berselera hendak makan.

17.Padanan yang lengkap dan mengenyangkan. Oleh sebab yang hendak makan orang Malaysia, maka dihias dengan sos cili.

Selamat mencuba.

Mesti Baca:Bila Termasin, Terpahit Atau Terpedas, Campak Sebiji KENTANG Dalam Masakan!
Baca Lagi Di Sini:Cara Buat Kerepek Kentang Homemade Nipis & Rangup, Goreng Cantik Tak Hangit!
Artikel Menarik:Jangan Bagi Anak Makan Kentang Bertunas Boleh Bahayakan Kesihatan, Hati-Hati!

Mingguan Wanita:Beli kentang banyak dekat rumah tu, bolehlah cuba buat ‘jacket potato’ ni sangat sedap dan mengenyangkan.

Sumber:Siti Hazneza Abdul Hamid

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab