Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam jika mengalami masalah tanah tidak subur, tanah keras, ph tanah masam, pokok bantut walau dah bagi baja.Boleh cuba belajar buat IMO ( Penyubur tanah ) sendiri dengan langkah sangat mudah dan murah. Hanya menggunakan nasi, daun buluh kering dan gula merah sahaja, dan sembur pada tanah seminggu sekali.
Jemput baca perkongsian Puan Wahidah Hambali didalam Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS), cara-cara untuk menghasilkan baja organik, IMO (penyubur tanah) sendiri.
“Kalau dah minat tu kan, duduk negara mana pun dia mesti buat. Saje buat sebab takut ilmu lupa kalau tak diamal. Kebetulan ada rumpun buluh depan rumah, buat kali pertama alhamdulillah jadi dengan baik.”
“10 tahun dah buat baja organik ni, tak ingat dah berapa ribu liter jual, besarkan anak anak dari buat baja organik. Susah ke senang ke, apa ke, ribut taufan tsunami tetap juga buat baja ni.”
“Allah bagi ilham. Tinggal kita laksanakan dengan penuh yakin dan istiqomah. Masa berlalu dengan pantas. Tak tau berapa sisa umur yang tinggal. Selagi ada nafas nak berbahagia dan berbakti pada orang sekeliling.”
“Paling bermakna dapat membantu ramai petani mengurangkan kos. Dan hasil perniagaan ini dapatlah kami sekeluarga hidup selesa. Tak susah tak juga kaya raya. Berniat juga untuk kaya jutawan sebab boleh bantu ramai orang lagi.”
“Siapa nak belajar banyak dah nota saya sharing. Tinggal nak buat je. Malas nak buat boleh beli. Beribu liter saya buat untuk mudahkan customer beli dan guna. Asbab saya untuk menjadi jutawan dunia akhirat.”
“Salam sayang dari saya yang jauh. Buat IMO ni untuk kebun Sunflowers kami yang sedang bemula. Tanah keras ya amat, patah cangkul den menunggal tanah.So kita guna bala tentera hebat dan penuh magic untuk menggemburkan tanah.”
Selamat Mencuba!
IMO merupakan kaedah Natural Farming
yang digunakan untuk menyuburkan tanah, membaiki struktur tanah dan menambahkan lagi mikrob yang terdapat dalam tanah.Masalah tanah tidak subur, tanah keras, ph tanah masam, pokok bantut walau dah bagi baja.Jom belajar buat IMO ( Penyubur tanah ) dengan langkah sangat mudah dan murah. Insyaallah selepas ini tanah akan subur dan anda pasti gembira.
1. Masak nasi.
2. Masukkan dalam bakul berjaring dan biarkan sejuk, selepas sejuk tutup dengan plastik dan letakkan dalam bakul berisi daun buluh kering.
3. Boleh dibuat di rumah sahaja, letak bakul berisi daun buluh kering di tempat teduh di kawasan rumah.
4. Simpan nasi selama tiga hari dua malam.
5. Pastikan nasi tidak basi selepas tiga hari. Kalau basi maknanya tak jadi.
6. Kali pertama biasanya mikrob belum berapa kenal, hanya ada sedikit sahaja mikrob. Cuba buat lagi sehingga terdapat kulat putih yang gebu.
1. Ambil nasi yang sudah diletak dalam bakul buluh dan timbang.
2. Gunakan pada kadar nisbah 1: 1 iaitu 1kg nasi ( IMO1) dan 1 kg gula merah.
3. Digaul sehingga sebati.
4. Masukkan dalam balang dan tutup dengan kain. Ikat kuat-kuat. Biarkan selama 5 hari. Selepas 5 hari gantikan kain tadi dengan penutup balang kedap udara.
5. Selepas itu sudah boleh digunakan pada kadar 100ml IMO2 + 100ML mol kangkong untuk 20 liter air.
MW: Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, boleh cuba buat sendiri baja organik, IMO penyubur tanah ini. Semoga pokok-pokok berbuah lebat dan tanaman menjadi lebih subur.
Baca Disini: Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!
Sumber: Wahidah Hambali