Sesekali ubah selera keluarga masak makanan cina sedap juga. Boleh cuba buat sendiri di rumah Chee Cheong Fan Udang yang meleleh makan dalam mulut ni.Buat sendiri dijamin halal, malah jimat dan puas hati makan.
Chee Cheong Fan udang ni biasa dijual di kedai dimsum atau kedai sarapan. Kadang dimakan bersama yong taufu.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Li Yow ini.
Satu lagi resepi yang senang sangat nak buat. Kalau di kedai sarapan cina atau kedai dimsum, mereka menggunakan kain untuk buat Chee Cheong Fan ni. Kalau pakai kain, chee cheong fan yang dihasilkan akan lebih nipis. Lagi senang nak leleh dalam mulut.
Bagi kita yang home cook ni, pakai ja alat dapur mana yang boleh kita cari. Saya buat dengan menggunakan tray seperti dalam gambar. Cuma perlu bersabar skit sebab kita nak ratakan air tepung senipis dan serata mungkin.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
3 cawan air
* Kacau sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.
Bahan-Bahan (Kuah)
1 cawan air
3 sudu besar kicap cair
1 1/2 sudu besar gula
* Campur semuanya dan didihkan kuah.
Rujuk gambar untuk cara-cara nak buat.
Ads
1. Tray besi yang dioles minyak. Tak perlu banyak. Sekadar nak bagi licin ja.
2. Letak elok-elok dan rata. Kena adjust ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
3. Jangan letak air tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.
4. Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus dikurangkan.
5. Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, adjust waktu kukus.
6. Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.
7. Cedok perlahan lahan. Gulung udang.
8. Seperti ini gulungannya.
9. Letak kuah.
10. Sedikit bijan.
11. Sedikit daun bawang.
12. Sedikit bawang goreng.
13. Dan sambal udang untuk lebih rasa. Ni beli kat cosway.
Info Ekstra!
* Cara ni bagi yang tak ade kukus. Boleh guna kuali dan penutup. Janji dapat tutup bekas tu.
* Bahan-bahan untuk 4 orang makan atau lebih. Boleh tambah bahan jika keluarga kita ramai.
Senang ja. Tutup mata pun jadi.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Ads
Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri Syaratnya Pakai Pinggan Plastik Sapu Sikit Minyak!
Sup DUMPLING Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Makan 40pcs!
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi masakan cina Chee Cheong Fan Udang SEDAP, yang meleleh makan dalam mulut! Buat sendiri dijamin halal, malah jimat dan puas hati makan.
Sumber : Li Yow
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Resipi viral seperti ‘Raindrop Puding’ ni mudah je rupanya nak buat. Tak perlu beria, boleh je masak ikut cara, citarasa dan selera kita je. Bahan utama yang diperlukan adalah agar-agar jernih.Bila dimasak hasilnya cukup sedap, lembut dan seperti titisan embun hujan.
Boleh cuba resipi mudah ‘Raindrop Puding’ ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Malnorashima Bt Ismail ini sebagai panduan.
Hmm..musim tengkujuh dah tiba.Hujan sana sini.Sesuci titisan hujanan rintik-rintik manja nyaman.Tetiba anak-anak duk menyebut RAINDROP PUDING. Petang tadi terbuat gak..#kakidapor. Masak cara kita-kita aje.Sedap tak sedap, selera dan citarasa masing-masing.
Bahan Diperlukan:
Serbuk Agar-agar
Air secukupnya
Gula
Gula Melaka
Kacang Tanah
Cara Membuat:
1. Masak serbuk agar-agar macam biasa. Agar-agar dah larut letak sedikit gula. Cuma tak letak pewarna je.
2. Masak biar lembut gedik-gedik dan saya letak dalam acuan lompang @ ikut suka.
3. Kuahnya pun saya masak gula melaka macam nak buat kuah kuih lopes tu je.
4. Kemudian tabur kacang tanah yang disangai dan dikisar.
Buat mana yang ada bahan kat dapur je. Tak rancang-rancang pun. Anak yang duk sebut-sebut, anak tunjuk gambar kita pun buat cara kita je.
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat ‘Raindrop Puding’ yang tengah viral ni. Buat je cara kita, lebih mudah dan puas hati anak-anak makan. Selamat Mencuba!
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Nak tahu jadi atau tidak kek yag kita buat itu, bukan setakat tempoh membakar atau bahan yang digunakan saja. Tapi kena tengok pada ‘cantik kejadiannya’ termasuklah kek brownies yang terletak pada kedut brownies. Inilah rahsia yang perlu mak-mak tahu.
Jangan fikir, bila bahan yang digunakan sudah cukup, cara bakar dah betul , ia boleh jadi kek brownies yang sempurna. Ada rahsia nak pastikan kedut brownies itu cantik rupanya.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini boleh membantu mak-mak untuk hasilkan kedut brownies yang cantik. Nanti bolehlah buat niaga.
Dalam gambar, itu hasil brownies saya. Resepi sama, jenama coklat sama. Teknik buat sama. Bakar dalam oven yang sama, suhu sama, api atas bawah yang sama, loyang ia sebelah-menyebelah.
Bila dah keluar oven, satu kedut dan satu lagi tak kedut! Adoi.
Saya dah tahu puncanya kenapa satu kedut, satu tak. Dulu kata nak kasi kedut kena pakai coklat jenama, coklat premium, telur itulah, butter itu lah. Sebenarnya, bukan ye!
Rahsianya Di Sini
Rahsia untuk dapatkan kedut brownies yang cantik (guna mana-mana resepi) ialah :
1) Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah
2) Pastikan cairan coklat yang didouble-boil TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur & gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.
Tiada perubahan dari segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
Telur dan gula pukul hingga sedikit krim, cairan coklat TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS.
Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal murah bukan itu penyebab tiada kedut.
Semoga bermanfaat, selamat mendapat kedutan yang cantik! Selamat mencuba.
Nota : MASIH PANAS maksudnya dibiarkan sekejap setelah dipanaskan
#cikgukekrugged
MW: Kalau dah cantik, barulah ada selera nak makan kan. Anak-anak pun mesti suka.