Buat Sendiri CAPATI Guna Tepung Gandum Lagi Sedap, Dah Sejuk Pun Lembut!

Share

Buat Sendiri CAPATI Guna Tepung Gandum Lagi Sedap, Dah Sejuk Pun Lembut! Jika selalu makan capati di kedai mamak je, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati makan dan terjamin kebersihannya.

Namun ada caranya untuk pastikan capati ‘homemade’ ini, kekal lembut walaupun dah sejuk. Malah lebih menarik boleh guna tepung gandum je berbanding tepung atta yang selalu digunakan. Tetap boleh jadi juga. Sedapnya makan capati panas cicah dengan kuah kari atau sambal.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Nija Lim ini.

Harini malas masak nasi. Saja godek tiktok sekali ternampak resepi capati menggunakan tepung gandum. Buat-buat.. ehh… jadi. Yahooo.

Bila makan, subhanallah sedapnya. Lagi sedap dari capati yang menggunakan tepung atta. Maka harini menu hakak adalah Capati dan sambal ikan bilis

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Kacau 3 bahan tepung gandum, marjerin dan garam seperti menjadi serbuk roti.

2. Kemudian tambah 1 1/2 cawan air panas dan kacau menggunakan senduk.

3. Bila dah suam, uli dengan tangan sehingga menjadi sebiji doh.

4. Perap selama 15 minit.

5. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan.

6. Tabur sedikit tepung gandum dan canaikan nipis-nipis.

7. Bila dah dicanai tak akan melekat sebab dah ditabur tepung gandum di atasnya.

8. Masak atas kuali non stick tanpa minyak. Bila dah gelembung boleh terbalikkan.

9. Dah siap, masak!

10. Siap 8 keping capati. Dah sejuk pun sedap & lembut lagi.

Sedap gila cicah dengan sambal bilis.

Capati tepung gandum, sambal bilis pedas manis.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:CAPATI Sedap Resipi Turun Temurun 30 Tahun, Dah Sejuk Tetap Lembut!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri PAPADOM Nipis Rangup Di Rumah, Terjamin Halal & Bersih!


Artikel Menarik:Sambal Ikan Bilis Bertambah Sedap, Kena Tumis Gula Jadikan Karamel Dulu

Mingguan Wanita: Menarik resipi capati guna tepung gandum je pun jadi. Boleh cuba nanti makan dengan sambal bilis.

Sumber: Nija Lim

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab