Isi Kandungan
ToggleBukan selalu boleh rasa burger prosperity McDonald’s tu. Bulan-bulan tertentu je boleh rasa. Bila sesekali ‘food craving’ tu, apa kata buat je sendiri burger prosperity di rumah.
Sah-sah bila-bila je teringin, dah boleh makan.
Kata pemilik resepi, Mohd Faiz Fitri Iberahim; “‘homemade prosperity’ aku rasa macam lagi sedap je dari yang ori.”
Baca sini : Burger homemade ala Big Mac yang penting kena tahu cara buat sosnya.
Bahan-bahan Buat Burger Prosperity
Roti gardenia
Daging Ramly
Bawang besar – 1/2 potong dadu.
Bawang holland – hiris nipis
Tepung gandum – 2 sudu
Air – 1 gelas
Lada hitam serbuk + tumbuk
Butter – 2 sudu besar
Sos tiram – 2 sudu besar
Kicap manis – 1 sudu besar
Garam – secukup rasa
Cara Memasak
Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
Uli daging ramly.
Bentuk kan cam bentuk roti. Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu)
Baca sini : Peniaga burger kongsi ilmu 12 tip masak burger rasa luar biasa sedapnya.
Untuk Sos
Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi gold. Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak.
Celupkan daging yang dah goreng tadi.
Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.
Siappppp.
MW : Bolehlah mak-mak cuba, sure anak-anak suka.
Sumber/Foto : Mohd Faiz Fitri Iberahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Perkara Asas Mesti Kena Buat, Kalau Nak Kek ‘Menjadi’, Sedap & Elok Kejadiannya
Isi Kandungan
ToggleBeria cari resipi, menyukat, menimbang, mengadun segala macam, hasilnya tak jadi seperti apa yang dibayangkan. Kek jadi bantat, atau kurang menjadi, rasanya pula tak sedap seperti yang diharapkan. Sebenarnya, ada 9 perkara asas yang mak-mak ‘wajib’ lakukan kalau nak kek ‘menjadi’, dibakar sempurna dan sedap rasanya .
1.Resipi Kena Tepat
Ini paling penting. Kek sememangnya agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya. Jadi resipi yang anda dapat kenalah tepat. Petua paling senang untuk anda ikuti adalah melihat jenis resipinya. Jika ia menggunakan gram, maka timbanglah mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Jangan cuba mencongak sendiri, bimbang sukatannya salah. Bila salah kek pasti tak menjadi.
2.Kena Ayak
Jangan malas atau cuba nak buat eksperimen sendiri dengan resipi kek. Bahan-bahan kering membuat kek haruslah diayak terlebih dahulu. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat hendaklah diayak bersama-sama. Ini bagi memastikan kek lebih gebu dan ringan serta lebih sekata. Malah cara ini juga mengelakkan kek rasa pahit kerana soda yang tidak sekata.
3.Ikut Aturan
Ikutlah aturan yang diberikan di dalam resipi satu persatu. Kaup dan balikkan adunan ketika bahan kering dimasukkan. Paling penting adalah mengacau adunan dengan satu arah sahaja. Malah adunan janganlah sentiasa dikacau. Ini bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tidak gebu. Cukuplah sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
4.Loyang Dilenser
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan dengan mentega terlebih dahulu supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Jika suka anda boleh juga menggunakan kertas aluminium untuk memudahkan kek di tanggalkan daripada loyang.
5.Panaskan Ketuhar
Bukan sekadar suka-suka tetapi ketuhar anda haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Sebaiknya panaskan seketika dalam anggaran 15 minit sebelum memasukkan kek. Ini bagi memastikan kek yang tersedia tidak bertindak balas dan rosak dengan suhu. Jadi kena panaskan.
6.Sediakan Air Kukusan
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya tutup kukusan dengan kain bersih. Ini bagi memastikan wap tidak akan menitis diatas kek. Anda boleh juga menutup loyang kek dengan aluminium foil.
7.Uji Kek
Untuk menguji samada kek telah masak ataupun tidak, sama seperti tip lain, gunakan lidi atau garfu untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika sudu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermakna kek telah pun masak.
8.Jangan Buka Ketuhar
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu ketuhar atau penutup kukusan pada tempoh 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek terbantut. Jadi, jangan sesekali membukanya.
9.Biar Kek Sejuk
Selepas kek masak, sebaiknya biarkan sejuk seketika. Jangan sesekali mengeluarkan kek daripada loyang selepas dikeluarkan daripada ketuhar. Ini penting. Beri masa kepada kek untuk sesuai dengan suhu bilik.
Info Ekstra!
* Pastikan pilih bahan yang baru, segar dan bermutu, terutamanya telur dan tepung.
* Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.
* Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehaja.
* Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3 hingga 4 minit untuk setiap butir telur.
* Tepung harus dimasukkan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.
* Kacau adunan dengan gerakan satu arah sahaja supaya menghasilkan kek yang ringan dan gebu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Resipi ‘Short Cut’ Kek Coklat Moist ‘Paling Gebu’, Sampai Beribu Bekas Terjual
Sedapnya kek coklat moist. Bukan setakat mak-mak, anak pun suka makan. Tapi tak semua pandai buat dan paling senang, beli saja.
Azlina Ina yang memang cukup dikenali dengan menjual kek-kek yang sedap dan viral turut berkongsi resipi kek coklat moist yang dijual di kedainya.
Baginya, sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist gerenti jadi dengan menggunakan resipi ‘short cut’nya. Mana tidaknya, kek inilah yang telah beratus ribu bekas terjual dan mendapat sambutan hangat daripada peminat keknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Kek Pisang Gebu Cara Azlina Ina, Ikut Resipi Satu Persatu Memang JADI!
Resipi Brownies Paling Mudah, ANTI GAGAL Bagi Yang Tak Pernah Buat, Kena Cuba!
Kek Coklat Moist, Resipi ‘Short Cut’
“Sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist selama ini dan tak pernah gebu, boleh cuba resipi ini.
“Sudah beratus ribu bekas terjual dan buat. Besnya semua kek ini jadi gebu walaupun dengan menggunakan step ‘short cut’. Rasanya tetap mantap dan sedap.”
Bahan:
5 biji telur
1 cawan gula halus
3 sudu besar emolco coklat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum – 2 kali ayak dengan ½ sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar ovalate
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan adun sehingga kembang gebu.
.
2. Kemudian, masukkan ½ cawan susu full krim.
.3. Adun sehingga naik dua kali ganda dan adunan menjadi gebu likat.
4. Perlahan moxer dan masukkan 1 cawan minyak.
.
5. Adun sekali lagi sehingga sebati dan siap.
.
6. Akhir sekali masukkan dalam bekas dan balut dengan wrapping.
.
.
7. Kukus selama 20 minit.
8. Siap.
.
Tip: Resipi ini boleh juga bakar.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini tak berapa nak gebu. Cuba resipi ini, gerenti gebu-gebas.
Sumber: Azlina Ina Fans
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Popia Sira Garing, Krup Krap Rangup Sampai Petang
Isi Kandungan
TogglePopia sira garing ini bila kulitnya rangup, terasa nikmat bila digigit. Tak puas makan seketul. Mahu berketul-ketul. Nak dapatkan kulit yang garing dan tak lembik bila disira sambal ada cara betulnya.
Kata Zurr Izaty Zolkepli rahsia buat popia sira garing ini bukan semua peniaga nak kongsi caranya. Jadi, anda yang nak belajar itu, hadamkan tipnya betul-betul.
CARA BUAT POPIA SIRA GARING KRUPP KRAPP SAMPAI PETANG!
Ada rahsia yang peniaga tak bagitau nak buat sambal sira bagi keras dan melekat pada popia bila dah sejuk, tanpa buatkan popia jadi lembik walaupun kita tambah air pada sambal.
BACA sampai habis ye. RAHSIA terpenting ada kat cara-cara tu.
Pertama : Bahan A
- 1 plastik kulit popia (50 keping)
Kedua : Bahan B Inti
- RM 2 taugeh
- 2 batang lobak
- Hiris panjang-panjang dan tapis bagi air tersejat
- Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan. If korang masak, makin layu lah sayur tu bila goreng nanti.
Ketiga : Bahan C
- Segenggam cili kering 668(pedas) atau,
- Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik) atau nak campur kedua nya pun boleh.
- Gunting dan blend dengan air.
*memang takde bawang. Jimat kos kalau nak meniaga ni.
Cara-cara Buat Popia Sira Garing:
1. Balut popia dengan inti sayur. Lipat je, macam lipat kain..
Buat gam dia, pakai air atau bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan air bagi LIKAT dah boleh jadi gam.
2. Then nak goreng popia tu, apinya sederhana je ye.. kekuningan tu okay dah.. Pastu tos minyak.
3. Pastu buat sambal dia pulak. Masak cili dulu dengan minyak, sampai betul pecah minyak. Lepastu masukkan 3 sudu besar GULA BATU dan 6 sudu besar Gula Pasir.. ha ni lahh RAHSANYA: gula batu.
Okay, kacau sampai berbuih-buih macam berbuih mulut korang nak suruh anak sidai tuala lepas mandi.
(Ikutlah korang nak tambah garam atau cuka setitik dua, akan buatkan sos sira lagi sedap sebab balance rasa masam, masin dan manis)
Ada yang kata, air penyebab popia jadi lembik.. ok sebenarnya tak.. Akak dah buat eksperimen.. Ada baki-baki sambal lepas dia mengeras atas kuali, akak tambah air dan dia akan LIKAT balik.. Bila akak gaul dengan popia tu, eh eh elok tak lembik pun popia tuu..
4. Bila dah berbuih, tutup api, masukkan je terus popia tu. Eh tak lembik ke popia tu kak masuk time panas-panas?
Tak lahhhh sebab akak dah eksperimen..
Tapi kalau nak masukkan popia masa sambal dah suam sikit pun boleh.. Cuma jangan masuk time sos sira sejuk, sebab sos sira akan mengeras nanti.. susah pulak nak salut kat popia.. errr faham ke ni..
5. Lepas gaul, tabur kan bijan..
6. Nak masukkan dalam bekas. Tunggu sejuk dulu ye, sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.
pastu ngapp lahh..
- Rahsia yang sama juga digunakan untuk kuih KERIA, pakai gula batu ye.
Selamat mencuba!
Baca sini : Wania ini kongsi resipi, tip buat popia sira cili jadi rangup tahan lebih lama
Sumber/Foto : Zurr Izaty Zolkepli
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI