Rupanya kita boleh buat sendiri berliter-liter yogurt homemade, malah dijamin sedap, bersih dan halal. Boleh buat jual atau makan sendiri untuk keluarga. Bahan-bahan yang diperlukan pula tak banyak, malah sangat senang nak buat sendiri.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Mayah Rubel Hasan ini sebagai panduan;

Yogurt fully homemade by mayah.Setiap hari Khamis kami akan buat berliter-liter yogurt sendiri untuk berniaga hari Jumaat. Sekali mayah share resepi la wajib hangpa kena try ya. Dijamin sedap bersih halal dan sedap mampos.

Bahan-Bahan:

1 kotak Susu Kotak (Full Cream) atau Susu Segar
1 helai Daun Salam
1 biji Buah Pelaga
1 sudu besar yogurt asli
Daun pudina

Cara Membuat:

1. Panaskan periuk, pastikan periuk bersih dan kering.
2. Kemudian masukkan kesemua susu dengan api suhu sederhana.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!
3. Setelah itu, kuatkan api dan biarkan sehingga susu mendidih dan kacau rata.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!
4. Masukkan pula daun salam dan buah pelaga, kacau sebati dalam 1 hingga 2 minit, kemudian tutup api.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!5. Kemudian pindahkan periuk susu ke tempat yang ada kipas untuk pastikan susu betul-betul sejuk dengan angin kipas.
6.Sambil itu boleh buang buah pelaga dan daun salam tadi.
7.Pastikan susu tadi dalam keadaan suam, sederhana panas.Setelah itu masukkan pula yogurt asli dan kacau sebati.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!8. Sediakan bekas kecil dan cepat-cepat isikan susu tadi.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!9. Tutup rapat dengan kain/selimut selama 5 jam. Pastikan tidak masuk angin. Selepas 5 jam, bolehlah terus masukkan dalam peti sejuk.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Ni yang dah siap minggu lepas punya.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Ads

Bangun pagi subuh buka tengok dah menjadi yogurt kita. Terus ambil letak peti ais na . Tempat normal. Sedia untuk jual atau makan sendiri.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Ni yang Mayah punya cantik kan. Rasa pergh tak boleh lawan kat kedai punya . Padu bersih halal.

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Ni Panipurii Mayah .Setiap Jumaat mayah jual beratus bekas !

Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Ads

Baca Lagi Di Sini:
Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!

“Kukkra Curry” Sedap Tak Pakai Santan, Guna Yogurt & Daun Ketumbar

Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri yogurt homemade di rumah.Boleh buat berniaga atau makan sendiri di rumah. Malah dijamin sedap, bersih dan halal!

Ads

Sumber: Mayah Rubel Hasan

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI