Selalunya kalau beli udang, kita buang kulit dan kepalanya dan tinggal hanya isi saja. Jangan terus buang sebab boleh buat air rebusan udang. Inilah penambah perasa untuk masakan berkuah.
Nak buat air rebusan udang tidaklah susah pun. Sekali masak, buat banyak-banyak sebab ia tahan lama dan boleh digunakan untuk macam-macam masakan.
Nak bagi air rebusan udang ni tahan lama dan airnya pekat, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Siti Hazneza ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat STOK Pati Lemon Madu Tak Pahit, Lama Simpan Lagi Sedap!
Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan, Jangan Derhaka Resipi, Letak Garam!
Cara yang dibuat ini akan menghasilkan air rebusan yang lebih manis dan lebih tahan lama berbanding dengan rebus semata-mata.
Air rebusan udang boleh digunakan untuk buat kuah mi Hokkien Pulau Pinang (berkuah, bukan goreng seperti di Kuala Lumpur), mi jawa, pasta kuah putih dengan makanan laut dan nasi berperisa.
Boleh dipelbagaikan dengan menambah bawang putih, lada hitam/putih dan cili.
Saya guna kuali saja. Dapur kita, sesuaikan dengan keperluan kita.
Caranya:
1. Kulit dan kepala udang dibasuh bersih dan ditoskan. Lebih kering lebih baik.
2. Panaskan minyak dalam kuali/ periuk.
3. Masukkan kulit dan kepala udang dalam minyak yang sudah panas
4. Goreng sehingga air kering (jika masih berair) dan warna kulit udang berubah
5. Tambah air sehingga melepasi kulit udang
6. Apabila sudah mendidih, renehkan untuk seketika (5-10 minit)
7. Tapis air rebusan.
8. Tapisan pertama, warna air rebusan agak jernih/ cair.
9. Masukkan kulit dan kepala udang dalam blender dan kisar kasar dengan sedikit air.
10. Cukup sekadar begini, tidak perlu terlalu halus
11. Tapis air kisaran kulit dan kepala udang
12. Warna air kisaran lebih pekat dan lebih berperisa.
Boleh simpan dalam tempat sejuk beku dan guna apabila perlu.
Mingguan Wanita : Biasanya kalau air stok ni buat char kuey teow. Terbaik.
Sumber: Siti Hazneza binti Abdul Hamid
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita