Buat Sendiri Air Rebusan KMJ Untuk Wangikan Tubuh, Paling Penting Kena Banyak Minum Air Masak

Share

Dalam pada mak-mak amalkan air rebusan KMJ mahupun makanan tambahan atau jamu sekalipun, paling penting adalah minum air masak dengan banyak. Untuk ia menjalankan fungsi keseluruhan badan dengan baik dan berkesan.

Air rebusan KMJ ini dikongsikan oleh Adah Abdullah II (KakCoco). Katanya bila buat sendiri, bahan-bahan yang masuk ke dalam badan dah terjamin kebersihannya.

Manfaat air rebusan ini adalah untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan keputihan, lenguh-lenguh badan, buang angin dalam badan, mewangikan tubuh malah memberi tenaga.

 

 

Bahan-bahan Air Rebusan KMJ

Kunyit
Halia
Cekur
Temukunci
Asam jawa
Manjakani/serbuk manjakani *nie KakCoco pakai dari Jamu Mokya. Senang!

Kuantiti bahan bahan KakCoco agak agak je. Jangan lebih, jangan kurang. Pandai pandai korang agak ya.

 

 

Caranya:

1. Masukkan semua bahan (kecuali serbuk manjakani) dalam blender
2. Gunakan air asam jawa tu untuk menggerakkan bahan-bahan tadi
3. Settle!

 

 

Dah selesai blend terus tapiskan masuk dalam periuk. KakCoco memang dekat dapur pakai penapis ni. Senang weh. Kalau perah santan, sampai kering haku pulaskan.

Korang cuba lah, bukan mahal pun. Memudahkan lagi.

 

 

Bila dah mendidih masukkan serbuk manjakani. Boleh masukkan gula melaka/gula batu untuk rasa manis dan sedap nak minum nanti. Sebabkan KakCoco tengah kawal gula so KakCoco letak madu. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan.

Masa ni korang akan bau macam suasana dalam pantang. Bau cekur tu rasanya. Wangi. Ok settle!

 

Senangkan.

TIP:

Sambil kacau tu bolehlah doa dan niatkan untuk kesihatan badan. Memudahkan urusan harian dan ibadah. Sihat untuk suami. Sihat untuk jaga anak-anak. Sihat untuk aktiviti ko kurikulum malam Jemahat.

 

 

Cara Minum :

1. Air rebusan ni sangat bagus untuk wanita, tapi tak perlu ambil terlalu kerap. Seminggu 1-2 kali je. Jangan pulak kau teguk sekali abiskan. Minum selepas makan tau.

2. Anak dara tidak digalakkan mengamalkan air rebusan nie terlalu kerap. Sekali sekala ok.

3. Wanita yang merancang untuk mengandung, tidak digalakkan mengamalkan temukunci. Cukup sekadar letakkan halia dalam ramuan air rebusan KMJ ni.

Pesanan penaja : Apa-apa supplement/jamu korang perlu minum air masak banyak untuk jalankan keseluruhan badan.

Sumber/Foto/Video : Adah Abdullah II

Published by
Netty Ah Hiyer