Buat Sendiri Air Oren Masam Manis Rasa Ala VITAGEN, Sedap & Lebih Jimat!

Share

Air vitagen kebiasaanya memang menjadi minuman kegemaran anak-anak. Kalau beli tu memang tak cukup satu. Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri Air Oren ala-ala Vitagen ni. Rasanya masam manis, memang sedap dan lebih jimat. Malah kita boleh kawal kemanisannya ikut citarasa sendiri. Memang puas hati.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Haziqah
ini sebagai panduan;

Air oren pun nak post? Yee nak post sebab sedap. Air oren ala-ala vitagen.

Beli Vitagen di sini: 

Bahan-Bahan:

4 Sudu Besar Oren sunquick
4 Sudu Besar Susu pekat 
20ml Air Panas

Cara Membuat:

Bancuh dengan air panas.

Kemanisan agak-agak sendiri ya. Saya buat kurang manis.

Noted : Saya buat susu tak pecah / berkeladak. Kalau ada yang buat susu pecah / berkeladak sorry eh. Mungkin sukatan susu mempengaruhi.

Saya buat 4 Sudu Besar sunquick 4 Sudu Besar. Manis sedang-sedang je ni. Air dalam 200ml pastu tambah ais. Ais habis pun air tak berkeladak.

Bancuh dengan air panas, kacau laju-laju dan lama sikit. In shaa Allah air tak berkeladak.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Cara Buat Air Mojito Halal, Sangat Sedap, Mudah & Murah Kosnya!


Baca Lagi Di Sini:Air Katira PKP Versi Ekspres, Serius Sedap Macam Air Katira Asli!
Artikel Menarik:Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

Mingguan Wanita: Wah menariknya boleh cuba buat air oren sedap ala-ala Vitagen ni. Rasa masam manis secukupnya, memang sedap dan lebih jimat!

Sumber: Nur Haziqah
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab