Senang sahaja hendak buat sendiri santan segar. Paling penting ia dijamin bersih. Jika tak mahu diguna segera boleh juga disejuk beku di dalam freezer.
1-Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji. Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik. Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2-Haa jangan susah-susah nak ramas dengan tangan. Jangan bazir tenaga. Penat tau nak buat. Cikgu dah pernah kena. Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on off.
3-Haa nampak penapis besi tu?Cikgu panggil penapis santan. Sediakan juga besen kecil. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4-Okay inilah tips yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar.Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti. Cuma ikut sahaja.
Artikel berkaitan:
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
5-Ini hampas kelapa selepas santan diperah. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan. Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
6- Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah.Ngam-ngam pekat dan cairnya.
7-Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan. Boleh buat dua tiga kali.
8- Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik.
9-Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer. Jimat duit kan. Takdalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Selamat mencuba.
Sumber: Afy AL Habibi