“Buat Sambal Ni Renyah Tapi Kalau Nak Sedap Memang Kena Susah Dulu…” Rahsia Orang Yang Pernah Berniaga

Share

Jangan pandang sebelah mata ya, nak buat sambal pun kena tahu rahsianya! Barulah rasa ‘ummpphh’ dan tak cepat basi. Dan lagi menarik, Puan Rahila Laila dedah tip macam mana nak pilih bawang tertentu buat sambal cili.

Nah, jemput godek resepi sambal daripada wanita yang pernah berniaga ini…

Sambal Cili Power

Muncul lagi sambal versi arwah mak saya, tak pernah tukar pada yang lain. Dulu buat berniaga, alhmdulillah tak pernah mengecewakan. Kalau nak cuba, silakan renyah tapi in sya Allah berbaloi. Nak hasil sedap memang kena susah dulu, halal dunia akhirat.

Bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
Belacan

Kisar kasar dengan air mineral, tapis dan ketepikan air bawangnya. Boleh tengok hasil digambar.

Banyaknya air, sebab tu kita tapis. Air bawang ni guna sikit atau banyak terpulang pada citarasa yang nak bau bawang banyak mana. Akak guna bawang besar yang merah bukan bawang yang Oren tu ya sebab yang tu cepat basi. Memang manis tapi kalau nak masak kuantiti sikit boleh je guna bawang Oren tu.

Cili kering (gunting, rendam air panas, tos)
Ikan bilis

Kisar cili Kering sampai lumat dengan air mineral baru masukkan ikan bilis dan kisar kasar.

Kiub ikan bilis
Garam
Gula perang
Gula batu tumbuk (sambal berkilat)
Buah keras tumbuk jangan halus sangat
Daun pandan
Kismis

Panaskan minyak, mula-mula masukkan daun pandan dulu bagi harum dan baru masukkan bawang yang dah ditapis tadi. Tumis bawang sampai garing sikit baru masukkan cili, terpulang pada pedas yang kita nak. Macam akak 10 biji bawang besar, akak guna cili 3 senduk. Kalau tak nak pedas, akak blend cili dengan lada basah merah ini semua ikut selera masing-masing. No problem.

Masukkn kiub ikan bilis dan buah keras, tuang air bawang sikit. Kacau smpai cili masak baru masukkan kismis (akak letak 1/4 cawan) guna api kecik sepanjang masa yea. Memang lambat, jadi kena sabar.

Biar sambal sampai kering, tambah garam dan gula perang dan gula batu, sebatikan. Biar lagi sampai sambal kering macam yang kita suka, sesuaikan rasa.

Boleh padam api, biar sebentar sampai terpisah minyak dan sambal asingkan minyaknya dan siap!

Lagi sedap makan esok hari, lagi lama lagi yummy! Akak masak sambal ni dengan api kecik selalunya dalam sejam ke atas tengok pada kuantiti sambal. Api memang kecil, nak cepat?

Boleh je, nanti rasa smokey tak sedap bagi tekak akak yang tua ni.

Renyah kan? Ini versi ku, try dulu baru komen ya.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia