“Buat permohonan rentas negeri ditolak.” akhirnya hanya jenazah jurutera kimia ini saja yang dibawa pulang. Sesuatu yang diluar jangkaan di saat ahli keluarga menanti kepulangannya ke kampung, kini jenazah yang tiba.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan terus kuat menerima ujian yang berat ini.
Buat Permohonan Rentas Negeri Ditolak
Seorang jurutera kimia yang ditemui meninggal dunia selepas merosakkan pintu masjid di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu sebenarnya mahu pulang ke kampung di Terengganu untuk menziarahi bapanya yang tidak sihat selepas enam bulan tidak berbuat demikian.
Arwah Mohd. Sufian Mohd. Said, 28, membuat permohonan untuk merentas negeri sehari sebelumnya, namun ditolak oleh pihak berkuasa kerana dokumen berkaitan tidak mencukupi.
Kakak arwah, Siti Ayu Megawati Mohd. Said, 33, berkata, adiknya yang juga anak lelaki tunggal itu mahu pulang ke kampung di Kuala Berang untuk menjenguk bapa mereka yang kerap diserang asma dan sakit belakang sejak kebelakangan ini.
Nak Balik Kampung
“Biarpun berjauhan, kami kerap berhubung melalui panggilan video dan kali terakhir pada Jumaat lalu. Dia beritahu nak balik kampung walaupun terpaksa berhenti kerja lepas tahu kesihatan ayah semakin merosot.
“Pada hari kejadian, dia pergi ke masjid untuk berjumpa imam bagi membantunya dalam urusan permohonan rentas negeri,” katanya.
Menurut Mas Ayu, dia dimaklumkan arwah sempat bertemu imam masjid sebelum diminta datang semula pada pagi Ahad.
“Entah kenapa adik bongsu saya pergi semula ke masjid pada malam itu. Mungkin dia sangka imam berada di dalam biliknya (di masjid),” katanya.
Cerita wanita itu, setelah permohonan rentas negeri ditolak, dia yang tinggal di Johor Bahru berjanji membantu adiknya dan pulang ke kampung bersama-sama pada Ahad lalu, namun tidak menyangka Mohd. Sufian pulang sebagai jenazah.
“Arwah memang rapat dengan kami. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, dia pulang ke kampung setiap bulan.
“Kami sekeluarga agak terkejut kerana arwah bukan mudah putus asa, malah kerap nasihat kami supaya sentiasa sabar hadapi dugaan hidup,” katanya.
Mahu Disemadikan Di Kampung
Sementara itu, di Johor Bahru, arwah Mohd. Sufian sempat berpesan kepada imam Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang supaya menghantar jenazahnya ke kampung di Kuala Berang sekiranya dia meninggal dunia.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan kekematian mangsa pukul 7.35 pagi, Ahad lalu di rumah sewa lelaki itu di Taman Scientex di sini.
“Rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan lelaki itu menumbuk pintu masjid dua kali hingga pecah,” katanya.
Ads
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan pada pergelangan tangan kanan dan urat tendonnya terputus. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.
Mingguan Wanita : Entah apa yang dialami oleh arwah. Ternyata pandemik ini benar-benar menguji semua orang. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terlalu lama membuatkan masyarakat kita semakin sakit. Semoga kisah ini dapat memberi iktibar dan pengajaran buat kita semua.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Tragedi lemas yang menimpa 6 penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ini perlu dipahat kemas dalam ingatan rakyat Malaysia. Bahawa setiap anggota bomba ini pengorbanannya tidak mengira waktu.
Dalam hujan, ribut petir malah bahang kepanasan api nan marak, mereka teguh berkhidmat menyelamatkan mangsa. Dan seharusnya tragedi ini menjadi ikhtibar kepada ramai pihak, agar tidak memperlekehkan tugas anggota penyelamat ini.
Walau bergaji tidak setara dengan cabaran, anggota bomba tetap melaksanakan tugasan mereka. Hadam kemas-kemas catatan Syahril A. Kadir, semoga anda faham betapa besarnya jasa wira tak didendang ini.
Bomba Dan Pengorbanan Tiada Taranya
Bukan sekali aku dengar orang bercakap…ala bomba ni berapa kali sangatlah rumah terbakar dalam sehari, berapa sangat kereta accident dalam sehari, berapa ekor jelah tangkap ular dalam sehari…kalau gi balai tu memanjang depa main karom dan sepak takraw…sekarang pulak dah ada Pertahanan Awam…lagilah relaks.
Nampak tak betapa kita hanya mengenang bomba bila ada kecemasan, kalau tidak, kehadiran mereka dipandang sepi dan seolah-olah tak wujud pun.
Soal elaun dan gaji tak payah cerita. Gaji permulaan adalah dalam RM1,300 sebulan. Malah bukan seorang anggota bomba yang aku kenal buat part time bawa Grab, kerja katering orang kahwin etc.
Anggota bomba yang juga pakar ular yang meninggal dunia Mac lepas akibat dipatuk, Allahyarham Abu Zarin Hussain hanya setakat dinaikkan pangkat dan mendapat pingat dalaman jabatan je, tak dengar bunyi pun lagi kot-kotlah dapat pingat keberanian negara ke, apa ke.
Filem mengenai bomba berjudul Qhaliq yang ditayangkan di pawagam baru ni pun tak laku. Aku dengar dapat kutipan dalam RM14,000 je sampai kena tarik tayangan. Takde sapa nak pergi tengok.
Dalam Sehari Dua Banyaklah Cerita Pengorbanan Enam Wira Ini, Selepas Itu..
Dan semalam kita bersedih bila enam anggotanya terbunuh ketika sedang melakukan operasi mencari mangsa lemas di Taman Putra Perdana, Puchong.
Percayalah, dalam sehari dua ni banyaklah cerita yang boleh dibaca pasal pengorbanan keenam-enam ini…lepas tu semua senyap macam tu jelah.
Dalam kesempatan ini, aku harap marilah kita semua berdoa dengan sungguh-sungguh agar kesemua roh anggota ini dicucuri rahmat dan dimasukkan ke syurgaNya.
Jasa dan pengorbanan anggota dan pegawai bomba sebenarnya tiada tara. Bezanya mereka tidak membawa pistol atau M16. Senjata mereka hanyalah peralatan memadam api dan peralatan menyelamat serta kesungguhan menghadapi apa juga risiko walaupun terpaksa berkorban nyawa kerananya.
Al-Fatihah buat Mohd Fatah Hashim, (34); Izzatul Akma Wan Ibrahim, (32) ; Mazlan Omarbaki, (25), Yahya Ali, (24); Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Setidak-tidaknya ingatlah jasa mereka di saat otak kita dok kata budak bomba banyak main karom dan takraw di balai masing-masing.
Sebetulnya pada hari isterinya pergi, “Sepatutnya kami potong gelang bersama.” Namun suami ini ini terima takdir isteri pergi dulu.
Pemergian isteri tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi sang isteri pergi bersama anak yang dikandung. Bukan satu nyawa, tetapi dua nyawa pergi sekaligus.
Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu
“Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.
“Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.
Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.
Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.
Dua Kali DiTidurkan
“Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.
“Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.
Menurut Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.
“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.”
“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.
“Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya.
Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.
“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.
“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin (ketika artikel ini ditulis), namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh,” katanya.
Sebab suami terlalu baik dan rajin buat kerja rumah pun boleh jadi punca isteri minta cerai. Wanita yang bergelar isteri sepatutnya kena banyak bersyukur jika dikurniakan suami ‘terpilih’ macam ni. Disaat, para isteri lain, ‘bergelut’ buat kerja rumah seorang diri dan hadap macam-macam kerenah suami.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Fujairah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), seorang wanita di sini meminta cerai kerana mendakwa suaminya menunjukkan ‘kasih sayang ekstrem’ yang menyaksikan lelaki itu membantu membuat kerja rumah dan memberikannya hadiah.
Dia memberitahu Mahkamah Syariah di sini bahawa pasangannya tidak pernah bergaduh dan menjerit malah suaminya itu sentiasa melayannya dengan baik.
Isteri Rasa Bosan
Biarpun disayangi, wanita itu mendakwa bahawa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris UAE, Khaleej Times semalam.
Dia dilaporkan mengadu rasa cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan. Justeru, perbuatan suaminya itu mendorong dia memfailkan penceraian.
Wanita itu berkata, apabila dia mengadu tentang berat badan suaminya, lelaki itu terus menjalani diet yang ketat, termasuk bersenam dan berusaha menguruskan badan demi mendapatkan berat badan sehingga mengalami patah kaki.
Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyenangkan hati wanita tersebut yang terus mengadu mengenai hadiah dan pujian yang diberikan oleh suaminya, lapor media tempatan.
Wanita itu berkata:
“Saya menginginkan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia sangat romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah,”ujarnya.
Tarik Semula Kes Perceraian
Pihak suami meminta mahkamah untuk menasihati isterinya untuk menarik semula kes perceraian yang difailkan.
“Ia tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan setiap orang belajar daripada ‘kesilapan’,” ujar suami wanita terbabit.
Pihak mahkamah menunda kes tersebut, memberi masa dan peluang pasangan terbabit berdamai.
MW: Macam-macam hal. Perangai macam ni pun ada, cepat rasa bosan bila pasangan terlalu baik. Apa-pun, bila dapat pasangan yang baik, rajin menolong buat kerja rumah.. banyakkanlah bersyukur! Tak semua orang bertuah macam kita.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...