Buat sendiri nasi impit? Payah tak agaknya ye? Nasi impit atau ada yang panggil nasi kapit atau ketupat nasi, sedap dimakan dengan kuah kacang, lontong atau soto. Sekarang ini dah sangat mudah, terdapat pelbagai jenama nasi impit atau ketupat segera yang ada di pasaran. Tinggal pilih je mana yang berkenan di hati.
Walau bagaimana pun, lagi best kalau buat sendiri nasi impit kan? Ala-ala cara orang dulu-dulu. Jangan terkejut, tak susah pun! Salmah Mohd https://www.facebook.com/salmah.mohd.18
telah berkongsi step by step cara nak buat nasi impit ini secara tradisi. Guna rice cooker pun boleh! Menurutnya, ada bezanya bila buat sendiri dengan yang dibeli segera.Kain yang digunakan ialah kain putih baju sekolah anak. Atau boleh guna kain kasa. TETAPI jangan guna kain lampin anak pula ye!
Salmah juga menegaskan, tidak kisah gunakan beras cap apa sekali pun kecuali basmathi. Beras yang dipilih mesti yang berkanji.
1 pot beras
4 cawan air
2 helai daun pandan
Kain kasa/kain putih – untuk bungkus
Cuci beras hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk elektrik bersama air. Masukkan pula dua helai daun pandan. Masak sehingga air kering. Kalau nak gunakan periuk biasa pun boleh. Gunakan sukatan yang sama ye.
Pindahkan nasi yang telah masak ke dalam kain putih/kasa. Tekan dan lenyekkan sehingga lembik.
Ikat dan ketatkan kain tersebut. Letak di dalam satu besin.
Akhir sekali tindihkan dengan pemberat. Misalnya periuk berisi air yang diletakkan lesung batu di dalamnya. Biarkan selama satu malam dan esok pagi bolehlah buka bungkusan dan potong. Sedia dinikmati. Selain dibungkus dengan kain, ada juga orang yang terus masukkan ke dalam bekas makanan dan tutup rapat. Terpulanglah pada diri masing-masing ye. Selamat mencuba!