
Suasana norma baharu sekarang ini, bila nak keluar rumah mesti ada benda nie untuk keselamatan diri dan keluarga. Bagi yang bertudung, satu masalah bila nak memakainya. Sebab tu macam-macam cara yang digunakan untuk menyambung mask supaya terletak cantik memakainya.
Tutorial daripada Ezy Eizyanie cukup menarik dan bahan untuk membuat mask extender pun senang nak dapat. Kalau dah terror, siap boleh buat jual lagi. Maklum la musim sekarang nie ramai yang mencari dan penting bila nak ke mana-mana.
Mesti ramai cari face mask extender ni kan. Meh kita share camna nak buat untuk cara yang paling SENANG sekali. Barang2 macam ni kat ECO ada, Mr. DIY pun ada
Bahan-bahan:
- Getah (tak kisahlah apa2 getah pun, getah rambut yang kecil tu pun ok)
- Button
- Jarum
- Benang
Cara nak buat berpandukan pada gambar yer.
Bahan yang diperlukan.
Ukur getah ikut pada keselesaan.
Potong getah.
Ambil butang. Jahitkan pada hujung setiap getah.
Siap satu bahagian.
siap.

Mudah je kan.
Bolehlah untuk sendiri buat sendiri pakai
MW: Selamat mencuba, nanti bolehlah buat stok banyak untuk kegunaan sendiri, ada rezeki boleh dijual pada kawan-kawan.
kalau nak tengok pelbagai barangan keperluan, bolehlah ke sini
Sumber: Ezy Eizyanie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Ambil Ubat Tangguh Haid, Kena Pastikan Kesesuaiannya Agar Ibadah Haji, Umrah Sempurna

Isi Kandungan
ToggleTahniah buat anda yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Betapa gembiranya bila ‘dijemput’ ke rumah Allah dan tunaikan rukun Islam ke 5 ini.
Malah, bagi wanita yang masih subur dan alami kitaran haid, sudah tentu merisaukan mereka. Bombang tak dapat melakukan hari-hari penting untuk rukun dan wajib haji bagi melengkapkan ibadah haji dengan sempurna.
Cara yang paling selamat adalah dengan mengambil ubat tangguh haid untuk memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna. Namun, sebelum mengambilnya jemaah wanita kena tahu dan faham kesesuaiannya.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Amira Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bagi Yang Tidak Berpeluang Tunaikan Haji, Rebutlah Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah Ini
7 Amalan Ini Bila Dilakukan, Dapat Pahala SAMA Macam Buat Haji & Umrah!
Info Lebih Menarik DI SINI
Ibadah Haji Jemaah Wanita Sempurna & Lengkap
Ketahui Kitaran Haid Wanita
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala yang berlaku pada struktur rahim dan ovari disebabkan perubahan penghasilan hormon bagi tujuan reproduktif.
Jangka masa kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid yang akan datang. Jangka masa kitaran ini berlaku di antara 25 hari sehingga 35 hari, dengan kebiasaannya selama 28 hari bagi setiap kitaran.
Dalam kitaran haid yang normal, terdapat dua hormon yang memainkan peranan penting iaitu hormon estrogen dan progesteron. Telur akan dikeluarkan dari folikel semasa fasa ovulasi untuk proses persenyawaan pada hari ke-14.
Paras progesteron dalam badan akan melonjak naik bagi memastikan dinding dalam rahim kekal menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan dan penempelan embrio.
Seandainya persenyawaan tidak berlaku, paras progesteron akan menurun dan dinding dalam rahim akan mula meluruh dan dikeluarkan dari badan sebagai darah haid.
Elakkan Kedatangan Haid Semasa Ibadah Haji
Bagi wanita yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah, kedatangan haid semasa menunaikan ibadah di tanah suci adalah satu perkara yang ingin dielakkan.
Kitaran haid dapat dilambatkan dengan penggunaan pil hormon yang juga dikenali sebagai pil perancang, pil pencegah kehamilan atau pil kontraseptif.
Bagi individu wanita yang ingin mengelakkan kehamilan, pil pencegah kehamilan ini tersedia dalam pasaran dan boleh diambil melalui preskripsi doktor. Pil tersebut perlu diambil selama tempoh 21 hari atau 24 hari bergantung kepada bahan aktif dan jenama pil tersebut.
Bagi mereka yang mengambil pil kombinasi kontraseptif (combined oral contraceptive: COC) untuk mengelakkan kehamilan, pil ini perlu dimakan satu tablet setiap hari pada waktu yang sama sehingga 21 tablet atau 24 tablet habis dimakan semuanya.
Sepanjang 4 hari atau 7 hari seterusnya, pil tersebut tidak perlu diambil dan haid lazimnya akan bermula 2 hari hingga 3 hari selepas pil terakhir dimakan. Walau bagaimanapun, bagi individu wanita yang ingin melambatkan kedatangan haid, mereka boleh mengambil pil COC setiap hari secara berterusan tanpa perlu menghentikan pengambilan pil ini.
Jika Haid Tidak Teratur
Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengambilan pil ini adalah tempoh kitaran haid dan tarikh penerbangan pulang ke tanah air.
Jika haid tidak teratur atau kiraan datang haid jatuh pada harihari penting ibadah haji atau umrah, jemaah dinasihatkan untuk mengambil pil COC sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berlepas ke tanah suci bagi memantau keserasian pil tersebut dan aturan kitaran haid yang baharu.
Terdapat juga pilihan pil progesteron yang boleh diambil 3 hari sebelum jangkaan haid tiba oleh jemaah yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Pil ini diambil 1 tablet 3 kali sehari pada waktu yang sama setiap hari dan berhenti setelah selesai ibadah haji atau umrah.
Pada asasnya, wanita yang sedang berada dalam keadaan haid boleh melaksanakan perbuatan-perbuatan haji atau umrah selain dari melakukan tawaf di Baitullah. Walau bagaimanapun, badan-badan autoriti agama Islam seperti General Authority of Islamic Affairs & Endowments (GAIAE) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat bahawa pengambilan ubat-ubatan untuk menahan atau mengatur kitaran haid adalah harus bagi mengelakkan timbul masalah terutamanya jika jemaah tidak dapat menyempurnakan rukun ibadah haji dan umrah.
Kesan Sampingan
Pengambilan pil pencegah kehamilan ini boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, kembung perut dan pendarahan yang sedikit dan tidak menentu di awal pengambilan pil ini.
Apabila jemaah berhenti mengambil pil tangguh haid, darah haid yang akan keluar berkemungkinan menjadi lebih banyak dan kitaran haid menjadi lebih lama daripada kebiasaan disebabkan dinding rahim yang ditahan daripada luruh adalah lebih tebal.
Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Pastikan jemaah berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat berkenaan pemilihan produk yang bersesuaian dan cara pengambilan yang tepat untuk memastikan ibadah haji dan umrah berjalan dengan lancar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre; NPCC)
Mingguan Wanita : Apa pun jemaah wanita yang masih ada kitaran haid perlu merujuk kepada pihak tertentu untuk pastikan ibadah haji yang bakal dilakukan itu sempurna.
Sumber: Puan Nurul Amira binti Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi UF48 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syurga Kuman Membiak,Kena Tukar Span Basuh Pinggan Setiap 3 Minggu Sekali!

Isi Kandungan
ToggleCuba belek span basuh pinggan di dapur, bila agaknya span tersebut di tukar yang baru. Ada yang gunakan span sampai naik ‘lunyai’. Mungkin tak nampak dengan mata kasar, hati-hati span merupakan tempat paling kotor dan syurga bagi pelbagai jenis kuman membiak. Juga boleh jadi punca berisiko mendapat cirit birit.
Baca pendedahan daripada Public Health Malaysia ini.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
- Rebus 5 minit atau,
- Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit atau,
- Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:
Span Basuh Pinggan Dan Pencuci Botol Susu Anak Kita Lebih Kotor Daripada Bilik Air!
Ini 9 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Daripada Mangkuk Tandas Rumah
MW: Jadi rajin-rajinlah basuh span cuci pinggan dengan kerap dan tukar sekurang-kurangnya setiap 3 minggu sekali untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan daripada pembiakan kuman.
Sumber: Public Health Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Simpan Petai Tahan Lama, Kekal Segar, Rendam Dulu Dengan Air Panas, Garam

Isi Kandungan
ToggleKalau nak simpan petai dalam rumah memang tak boleh sebab mudah dikesan dengan baunya yang sangat kuat. Ini belum lagi bila masuk dalam bilik air selepas memakannya. Boleh buat orang ‘pening kepala’.
Walaupun baunya kuat, itu perkara kedua sebab paling utama adalah kesedapannya dan tentu sekali membangkitkan selera makan. Sampaikan ada yang sanggup buat stok untuk simpan petai.
Tak kena cara nak simpan petai, ia boleh jadi petai kecut dan tak enak dimakan. Ada yang guna petua dengan rendam dalam air dan simpan dalam peti ais. Tapi kalau dlaam terendam, tak sedap pula.
Kali ini hazwani Ishan berkongsi cara simpan petai tahan lama dan sentiasa segar. Hanya guna air panas dan garam saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Dari Penjual, Tip Simpan Mi Basah Tak Hapak Bertahan 2-3 Minggu
Petua Dedaun Tahan Lama, Tak Kering, Simpan Dalam Freezer, Tak Perlu Rendam Air
Cara Buat Petai Jeruk, Nak RANGGUP & Sedap, Tapis Semalaman, Guna Garam Kasar
Info Lebih Menarik DI SINI
Simpan Petai Tahan Lama, Kekal Segar
Buat penggemar PETAI, cara ini terbaik dan membantu untuk petai tahan lama dan kekal segar.
Mula-mula rendam petai dengan air panas dan garam. Cara ini untuk bagi ulat dalam petai keluar. Biarkan selama 10-15 minit.
Selepas itu, bolehlah tapis.
Keringkan dengan tisu atau kain kering.
Masukkan ke dalam bekas tertutup.
Bolehlah simpan dalam peti ais.
https://www.facebook.com/hazwani.ishan/videos/1025265468413196

Sumber: Hazwani Ishan
Petua Hilangkan Bau Petai
Makan petai memang sedap tapi tak menahannya bila bau mulut. Malu pula rasanya. Kali ni, boleh cuba petua ini untuk hilangkan bau petai.
1. Makan beras mentah dalam 10 biji selepas makan petai.
2. Boleh juga kunyah terung mentah.
3. Kunyah timun.
3. Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur dengan listerin.
4. Kunyah chewing gum
5. Selepas makan = ambil pil yang melawas buang air besar agar makanan itu cepat-cepat keluar sebaik di hadam
Cara lain:
1. Sebelum dan selepas makan petai, minum dalam tiga empat teguk susu segar
2. Bagi mengurangkan bau busuk kencing dan najis, minum air kopi O atau nescafe.
Mingguan Wanita : Lepas ni tak perlu risau, boleh buat stok petai kat rumah dan makan ikut selera. Cubalah tip ini untuk hilangkan bau juga ye.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI