Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Salah satu tip yang boleh diamalkan ketika buat kuih dangai ini ialah sejukkan dulu kelapa parutnya. Ini supaya, ketika menggaul kelapa dan adunan nanti tangan kurang melekit, jadi mudahlah nak buat kerja.
Minggu lepas mak nak buat yassin perempuan. Dia nak panggil geng-geng dia. Jadi saya pun sajalah offer nak buatkan kuih dangai untuk dia. Yelah, kalau dia nak, saya buatkan, taknak takpe.
“Mak, mak nak tak orang buatkan kuih dangai nanti masa yasin?” Saya tanya. “Haa,boleh juga” Mak jawab. “Habis nak buat 1 loyang ke 2?”
Saya dah tahu, kalau mak nak buat yassin, abah mesti nak join gak. Dia mesti nak panggil geng-geng masjid dia. Mana boleh kalah.
“Ya jugak. Boleh lah buat 2 loyang” “Nak orang beli kelapa tak?” “Takyah-takyah, banyak kelapa ni ada kat rumah” “Ok mak”
Jadi Rabu malam kami dah tidur rumah mak. Jumaat pagi tu, apa lagi terus bersilat lah. Pagi tu buat sarapan dulu. Kemudian saya hantar isteri saya ada kelas tambahan. Saya apa lagi. Balik dari kelas tambahan terus parut kelapa.
7 biji kelapa haritu. Yelah, nak buat dangai ni kelapanya kenalah seputih salju sesuci awan dilangit tu. Barulah best. Sekali dengan untuk santan bubur lambuk dan kari ayam untuk buat lawan roti jala. Kesian roti jala tu kena lawan dengan kari ayam.
Ads
Bahan-Bahan:
600 gram kelapa putih (kalau beli kat kedai, cakap je nak kelapa putih,nanti acik kedai tu tolong parutkan).
250 tepung pulut cap 3 kepala gajah
300 gram gula pasir
1-2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Tips ulung, sila simpan dulu kelapa tu dalam peti ais bahagian chiller je. Tak payah yang beku biarlah dalam setengah jam ke, sejam ke. Bagi dia sejuk betul. Supaya senang kerja nanti.
2. Agak-agak kelapa dah sejuk, ambil satu besen besar, agak-agak muat nak buat kerja. Jangan ambil yang rap-rap.. leceh nanti. Nanti dia rap pulak dalam tu.
3. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul sebati. Guna jari jemari Salleh je.
4. Dah sebati, masukkan kelapa yang sejuk tadi separuh dalam adunan. Kenapa kita sejukkan, supaya bila kita gaul, tangan kurang melekit. Sebab kalau kelapa tu dibiar kat luar, dia akan jadi macam berwap,basah,basah sikit gitu kan. Jadinya bila kita sejukkan, dia akan jadi kering. Senang nak buat kerja.
5. Gaul, angkat, kirai sampai sekata. Masukkan separuh lagi. Ulang step yang sama sampai sekata.
6. Guna loyang 9 inchi. Nak letak dalam loyang pun, kirai tau adunan tu. Tak perlu nak tekan-tekan. Nanti dah siap bakar dia akan mampat sendiri.
Ads
7. Bakar suhu 190 darjah celcius, 50 minit.
8. Ambil papan alas, terbalikkan loyang. Kiranya bahagian bawah semasa bakar, akan duduk atas lah.
Laksa Johor sangat terkenal di negeri yang terletak di kawasan selatan tanah air. Berbeza dengan laksa utara, laksa johor ini menggunakan rempah kari, santan, dan kerisik sebagai bahan utama serta dimakan bersama spagheti. Selain sambal belacan, laksa johor barulah sempurna jika dinikmati bersama bahan-bahan ulaman sampingannya pula seperti daun kesum, daun selasih, bawang, tauge serta perahan limau kasturi.
Sempena raya ni, kalau mak-mak nak buat rumah terbuka, bolehlah hidangkan menu laksa johor yang sangat sedap ini.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Jamiah Tulisman, yang berasal dari Negeri Johor sendiri. Menurut wanita ini, resipi ini merupakan resipi turun temurun daripada nenek dan mak beliau.
“Saya kongsi resepi turun temurun Laksa Johor dari mak.Seingat ️saya mak dah ️ buat laksa ️ ni sejak saya sek rendah ️lagi.Mak ️belajar ️pun dari ️yang memang pakar membuat laksa Johor.”
“Resepi laksa Johor ️mak ️ni sangat simple sebenarya..Tapi percaya lah sangat lazat, kena betul-betul ️ikut step ..️Bahan seperti gula dan garam tu ️ yang penting ️ bagi memberi rasa kelazatan Laksa Johor.”
“Bahan-bahan ️ni untuk 3 kilo ikan. Boleh ️makan lebih 15-18 orang. Kalau nak ️buat sikit kena agak bahan ️nya.”
Bahan-Bahan:
3 kilo Ikan kembung
Bahan Kisar:
8-10biji Bawang besar
15biji bawang Putih
2 inci Halia
2 cawan udang ️Kering
(️Tak perlu ️ banyak udang ️Kering ️ sebab mak ️bagi tahu ️kalau ️ banyak ️letak udang ️Kering ️ rasa laksa ️ jadi ️ tak sedap.Tak perlu ️guna udang basah atau blend kepala udang dan sebagainya ️ Sebeb ️ rasa laksa akan ️jadi lain.
Blend ️semua bahan diatas dan ketepikan.
3-5 batang serai -diketuk
3 senduk besar cili Mesin
2 senduk besar kari (️Guna Kari daging Babas)
*ingat Kari Jangan ️ lebih sebab ️nanti ️ lebih ️ rasa kari pulak.
200gm tulang ikan kurau (rendam ️ sekejap biar kurang ️ rasa masin)
2 1/2 ️Biji kelapa parut (perah Dua ️ Kali)*lebih Senang blend kelapa ️ dulu sebab mudah ️nak perah.
1 senduk besar kerisik
5 keping asam keping
3 cawan Minyak
Gula garam secukup rasa (️Saya letak ️ dalam 2 senduk nasi)
Kena ️Rasa garam dan Gula ️ye
Bahan-bahan sampingan:
Spagethi – direbus ️ hingga masak dan toskan
Bunga kantan -hiris halus
Daun kesum – hiris halus
Daun selasih-hiris halus
Bawang besar – hiris halus
Taugeh – ️Tak perlu celur (Buang akar dan basuh)
Timun- potong bulat DAN hiris halus (ada cara potong ️untuk laksa Johor)️Kalau ️ nak potong suka hati ️ pun boleh.
Sambal Belacan :
Cili padi
Lada merah
*potong-potong sikit dan goreng ️ kejap bagi layu dan masukkan ️dalam blender bersama sikit ️air masak ️dengan sedikit belacan ️ yang telah dibakar dulu.
Cara-cara membuat :️boleh tengok langkah-langkah dibawah:
1.Rebus ikan ️hingga masak dan biar sejuk baru asing tulang, kepala ikan dan isi.Kemudian blend isi ️dengan ️air rebusan ikan tadi,selepas itu blend pula kepala ikan ️ dengan ️air rebusan ikan dan tapis.Ketepikan ️semua.
2.Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan (udang kering basuh serta rendam ️ sekejap).
3.Mula-mula panaskan minyak ️ dalam 3 senduk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tersebut kemudian masukkan serai yang diketuk.
4.Kacau rata masukkan pula 3 senduk cili mesin.
5.Biarkan garing ️ dan masukkan 2 senduk serbuk ️kari.
6.Kacau hingga terbit minyak dan masukkan pula isi ikan yang dikisar tadi.
7. Masukkan pula santan yang telah diperah serta tulang ikan kurau masin.
8.️ Masukan 1 senduk kerisik dan 5 keping asam keping.
9.Masak hingga pekat dan mendidih. Masa ️ ni ️masuk gula dan garam yang ️ni paling penting ️kena ️rasa ️ye.Saya ️masukkan ️dalam 2 senduk ️ nasi gula pasir. Boleh adjust rasa manis dan masin.Masukan sikit perasa juga.
Info Ekstra!
1.Kuah laksa mesti pekat sebab ada santan dan isi ikan serta kerisik.
2.Selain Ikan kembung kalau nak ️guna ikan parang,ikan selar atau tenggiri pun boleh.
3.Perah kelapa parut sebanyak 2 Kali, ️ tapi ️kalau ️ tak ️ nak kuah pekat sangat perah 3 kali.
Siapa yang pernah rasa nasi punten ini tahulah macam mana kesedapannya. Nak nak dimakan bersama sambal sedap.
Pemilik facebook Cahaya Kehidupan berkongsi resipi dan cara membuat punten yang merupakan tradis orang Jawa ini. Lagi kick, disertakan sekali resipi sambal punten pedas berdesing.
Kongsinya, “Salam.. Hari ni nak share sikit menu rare “PUNTEN TRADISI WONG JOWO” Famous sangat dalam kalangan orang Jawa. Lagi-lagi belah Selangor. Belajar daripada makcik Jue Juraidah. Tq sifu.
Sekarang saya jadikan sebagai pendapatan sampingan. Alhamdulillah dapat banyak sambutan mostly yang tak pernah makan menu ni.”
Jom saya share resepi. Mudah mudahan dapat dimanfaatkan. Dimurahkan rezeki kita semua.
Kalau mak-mak pening nak fikir masak apa, resipi nasi goreng boleh jadi pilihan pertama. Inilah masakan paling mudah dan cepat. Anak-anak pun memang laju kalau makan ini.
Kali ini, Ida Shahida berkongsi nasi goreng sekolah. Sesuai sangat untuk anak-anak. Tak perlu guna bahan yang banyak, hanya tambah telur saja. Ini pun dah cukup menyelerakan.
Katanya, inilah resipu paling sedap yang pernah makan. Percaya atau tidak, cubalah resipi yang dikongsikan ini.
Jangan ubah apa apa.
Insya Allah, masakan ini anda akan jadi yang paling sedap anda pernah makan.
Percayalah dan cubalah…..
JOM BELAJAR CARA NAK BUAT NASI GORENG DAN macam mana nak bagi nasi goreng tu masak betul-betul, barulah sedap.
Nasi goreng sekolah lagi sedap kalau dimakan bersama cili jeruk atau sambal belacan.
*PETUA BUAT NASI GORENG YANG SEMUA ORANG PERLU TAHU***
(Apa tandanya nasi goreng dah masak?
Bila nasi goreng anda sudah mengeluarkan asap yang banyak baru lah tandanya nasi goreng anda dah ‘ masak’
Dulu waktu anak anak sekolah setiap hari saya bekalkan mereka nasi goreng ini lah….sangat mudah dan cepat.
Kalau tak ada lauk nak makan atau tak tau nak masak apa atau malas nak masak, masak nasi buat nasi goreng ni….telur 2-3 biji…dah sangat sedap…mesti habis dimakan.
Senang ja…anda goreng lah nasi tu sampai nasi goreng itu berasap…baru tanda nasi goreng tu dah masak dan jadi sedap! Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi!
BUAT NASI GORENG KENA GUNA API KUAT SEKALI
Lagi satu, setelah telur dimasukkan ke dalam minyak ia perlu dikacau cepat cepat supaya telur jadi hancur dan dapat masak sempurna. Sebab kalau telur masak sempurna nanti nasi goreng ini tidak akan berbau hanyir.
Buat nasi goreng style ini cepat siap mudah dimasak. Sebaiknya nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai satu satu walaupun baru dimasak.
Jangan guna nasi yang lembik untuk buat nasi goreng ya….melekat lekat jadinya. Rasa pun tak sedap!
NASI GORENG SEKOLAH
Kalau nak paling senang buat macam ini-
1. Kena buka api kuat sekali
2. Panaskan minyak
3. Tumis bawang putih
4. Masukkan telur dan kacau supaya hancur dan sempurna masaknya.
5. Masukkan nasi
6. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa/ajinomoto dan sedikit lada hitam.
7. Kacaulah sampai berasap ( api mesti kuat sekali).
Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.
Mingguan Wanita : Inilah masakan paling senang dan sedap. Kena cuba.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...