Rupanya nak buat kuah Mee Hokkien sedap, kena masak kulit udang hingga betul-betul kering sebelum dicampur minyak dan digoreng garing.Malah ikut resipi ni memang ringkas, tak perlu tumis pun. Masukkan semua bahan dan reneh sehingga mendidih.
Hokkien mee cara saya. Ni untuk 5-6 orang makan. Kulit udang dari 2kg udang. Untuk bahan perasa saya pakai agak-agak saja. Letak sikit-sikit dulu. Tak cukup baru tambah.
2kg Udang
1 @ 1 setengah cawan minyak masak
Sos Tiram
Sos Tomato
Bawang Besar (dikisar)
Gula Batu
Kiub Pati Ayam/ ikan bilis
Garam
1. Masak kulit udang hingga betul-betul kering.
2. Kemudian, masukkan minyak masak.Anggaran dalam satu hingga satu setengah cawan.
3. Kacau sampai kulit udang betul-betul garing. Biarkan sejuk dulu.
4. Blend dengan sedikit air. Air agak-agak ja lah.
5. Lepas blend tapis. Perah kulit udang macam perah santan. Tambah air dan perah sehingga kulit udang jadi bersih. Saya tapis 2 kali sebab tak nak ada serdak.
6. Rebus kuah sampai berbuih. Kemudian boleh kecilkan api. Biar dia reneh.
7. Masukkan sos tomato.
8. Masukkan sos tiram.
9. Masukkan pula Gula batu. Kalau ada ubi sengkuang tak payah letak gula batu. Kalau guna sengkuang potong besar-besar letak dalam kuah. Rasa sengkuang lebih sedap sebab manis semulajadi.
10. Masukkan kiub ikan bilis / ayam. Letak garam sikit. Reneh kuah sampai naik bau wangi.
11. Nak letak apa ikut suka. Isi udang boleh digoreng atau rebus. Saya suka goreng sikit. Fish cake, fish ball, telur rebus, taugeh. Kalau nak sayur hijau letak kangkung. Saya tak boh sebab anak-anak tak suka. Sambal tu tumis cili dengan majerin. Masak sampai pecah minyak.
Tadaa… Boleh makan dah… Selamat mencuba.
Mesti Baca:Chef Wan Kongsi Resipi Buat Kuah Mee Rebus Udang Jadi Lebih Sedap!
Baca Lagi Di Sini:Resepi Campak-Campak UDANG MASAK BEREMPAH, Suka Kuah Boleh Tambah Lebih Air!
Artikel Menarik:Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat kuah Mee Hokkien yang sedap, guna kulit udang yang dimasak sehingga kering. Boleh cuba nanti.
Sumber: Kurshima Ishak
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.