Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat

Share

Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat. Memang ada cara yang mudah untuk buat Korean Garlic Bread ini. Hanya gunakan roti putih biasa je. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi, bekal anak-anak ke sekolah.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini;

Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat.Bau garlic ni memang menusuk kalbu.

Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni. Resepi ni boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing. Saya pun ambil dari resepi orang lain, tapi tak ingat dari mana dah.

Bahan-Bahan:

Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti

150gm Cream cheese (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar Susu sejat
2 sudu besar Susu pekat manis

*Campur semuanya, kacau sampai rata.

Adunan Butter untuk celup roti

100 gm Butter
5 ulas Bawang putih (cincang halus)
1 biji Telur
2 sudu besar Madu
Sedikit Daun parsley yang kering(takde pun boleh)

*Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.

Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

 

Siap!

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Buat Sendiri ROTI PUTIH Lembut Wangi Berlemak, Jimat Tak Payah Beli!
Baca Lagi Di Sini:Beli Roti Sardin Goreng Isi Sikit, Buat Sendiri Puas Hati Boleh Makan Berulang!


Artikel Menarik:Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!

Mingguan Wanita: Menarik resipi Korean Garlic Bread ni. Memang mudah dah cepat, guna roti putih biasa je. Sesuai sangat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.

Sumber: Haya Yahya

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab