Nak buat kek sarang semut berongga ini ada caranya. Masak dengan kaedah kukus atau bakar tetap cantik kejadian bersarang kek nya.
Bak perkongsian Noorlaili Sahalan ini, cara nak dapatkan kek sarang semut confirm bersarang dan cantik berongga perlu gunakan soda, baik baking soda atau soda bikarbonat yang masih aktif.
Nama lain kek sarang semut ini, dipanggil juga kek gula hangus.
Semua resipi sama saja. Cuma cara kita buat itu yang akan membezakan kejadiannya.
Resipi Kek Sarang Semut Saranghae
1 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat/baking soda
1 sk baking powder
4 biji telur (gred b)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanila
Satukan bahan semua bahan di atas. Dan gaul-gaul manja je diorang ni.
Masa ni, korang dah boleh nampak adunan membentuk banyak buih-buih di lautan. Ehh..
Buih-buih kecil. Itu tandanya soda tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti.
Bahan untuk gula hangus.
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb butter/marjerin
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali leper/pan. Masak sehingga keperangan. Guna api kecil. Agar tidak hangit. Nanti kek akan pahit.
2 . Masukkan air panas. Sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata. Tutup api.
3. Masukkan butter/marjerin. Gaul sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya
4. Tuang gula hangus yg masih panas TERUS ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu marjerin.
Kaedah Memasak
Korang boleh masak dia samada guna kaedah:
1. kukus
2. Bakar dalam oven, atau
3. Bakar dalam periuk guna dapur gas.
Kalau kukus, kukus selama 1 jam guna api sederhana besar.
Bakar dalam periuk guna dapur gas pula, korang masukkan loyang adunan ke dalam periuk dan lapikkan dengan tungku besi loyang adunan tadi. Masak dalam 40 minit.
Saya belum pernah masak kek ni guna oven sebab oven saya hilang dari radar.
Kerabu Pucuk Paku Tauge dengan Kerang ni memang sedap dan sangat membuka selera. Bukan apa ratah sahaja pun boleh habis sebesen! Mak-mak penggemar kerabu, wajib cuba resipi ni. Memang secukup rasa masam, manis,masin, pedas, berlemak!
Belajar buat sendiri Kerabu Pucuk Paku Tauge dengan Kerang stail utara ini daripada Puan Nor Haidasebagai rujukan;
Sapa suka makan kerabu pucuk paku tauge dengan kerang. Mehla join akak. Sebesen pun meratah ok je. Sedap oooo, masam-masam, pedas-pedas, manis masin, serai, lengkuas, belacan. Nak buat rasa renyah jugak kan, tapi makan memang layan betul.
Tengok bahan-bahan dia tu, campur aduk gaul-gaul semua bagi sebati..buatlah dengan penuh kasih sayang benci dendam semualah.hehe..gurau-gurau jer..mehla belajar buat
#kerabupucukpakutaugedengankerang
1 mangkuk kerang yang dah direbus..kopek ambil isi
Rm1@rm2 seikat pucu paku (celur dan tos)
2@3 genggam tauge (celur dan tos) agak-agak lah kan. Tak suka tauge lembik, nak rangup-rangup tak payah celur, cuci bersih-bersih je.
1 biji bawang besar dihiris-hiris nipis. Tak suka bawang tak yah letak
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya. Saya pakai sos ikan, masin tu ganti garam.Sikit je tau, masin gila nanti.
Gula agak-agak.Saya pakai gula Thai. Rasa lemak-lemak manis dia lagi ummphh. Biasa orang Thai guna gula ni buat somtham, gula biasa pun boleh.
Bahan Blender (Bahan wajib ye dalam kerabu, bagi saya la.
3 batang serai
½ inci lengkuas
Cili api 5 bji-8bji (Ikut pedas masing-masing, nak pedas bubuh banyak-banyak cili.
Belacan (saya suka belacan banyak, sebesar ibu jari pun ok dah.
*Kisar dengan air sikit je. Bagi boleh blender tu pusing je. Sebab tak mau jadi berair kerabu nanti. Kalau rajin, 4 bahan ni tumbuklah bagi lumat-lumat. Lagi best.
1. Mula-mula, tuang bahan blender dalam besen. Selepas itu masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam, gula… gaulkan bagi sebati. Nak tambah perasa pak aji pun ikut suka.
2. Selepas itu masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul-gaul lagi, rasa bagi sedap dekat tekak ye. Tambah apa yang rasa tak cukup, yang penting gabungan rasa pedas-pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai lengkuas bersatu dan bergaul dengan mesra.
Yummy sangat, kerabu stail utara. Meratah saja pun boleh habis sebesen.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Rupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak ini.
“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cuka makan
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng
Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.
2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...