Buat Keju Mozarella Sendiri Kat Rumah, Guna Tiga Bahan Saja. Mudahnya!

Share

Suatu waktu dulu,  Corndog Cheese sangat viral. Bahan utama yang perlu untuk corndog cheese tentulah keju mozarella. Rasanya, masa tu bukan main susah nak dapatkan keju mozarella. Semua stok kehabisan.

Boleh dikatakan harga keju mozarella pun boleh tahan. Apa kata, mak-mak buat sendiri keju mozarella. Kali nie tak pening-pening nak keluar mencari. Buat sendiri kat rumah dan simpan untuk stok. Bukan sahaja untuk buat corndog, masakan lain, masukkan dalam pizza pun sedap.

Maaf! Gambar kurang memuaskan.

Bahan-bahan:

Susu segar atau full krim/ susu pekat manis 400ml

1 kotak keju cheddar (170gm) – diparut

60 gram tepung ubi – dibancuh

Cara Membuat:

Parut keju cheddar.

Bancuh tepung ubi dengan sedikit susu segar. Kacau hingga sebati.

Manakala baki susu segar itu dipanaskan dan masukkan keju cheddar yang diparut tadi sedikit demi sedikit. Kacau dengan menggunakan api sederhana.

Selepas itu, masukkan tepung ubi yang dibancuh dengan susu segar. Masukkan sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga ia nampak likat.

Apabila sudah kental, bolehlah masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Tip:

Gunakan api yang sangat kecil ketika memasak.
Sentiasa kacau supaya adunan menjadi lebih kental.
Sebelum letakkan dalam bekas, sapukan sedikit marjerin ke dalam bekas tersebut.

 

Resipi: Dapur Indonesia

Published by
Nora