Rupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Sumber: Marlia Lia