Kebahagiaan suatu perasaan yang subjektif. Salah satu bentuk kebahagiaan sebenar yang boleh dirasai adalah apabila kita boleh tengok KEBAHAGIAAN pada orang yang kita dapat tolong. Tak kiralah apa jua jenis bentuk bantuan yang diberikan baik kecil mahupun besar. Pertolongan kita pasti amat bermakna dan akan lebih dihargai lebih-lebih lagi diwaktu yang mereka amat memerlukan.
Bahkan bila kita mampu buat orang lain tersenyum bahagia, dari situlah sebenarnya pintu-pintu rezeki kita sendiri akan terbuka. Dilimpahkan rezeki dalam pelbagai perkara.
Tadi sorang pakcik penjual ikan ni lalu depan rumah saya. Kebetulan isteri nak makan udang jadi saya pun pergi lah keluar.
Saya tengok dalam bekas yang ada di motor pakcik ni. Ada sekor ikan tenggiri, sebekas ikan selar, selonggok sotong dan udang.
Dalam hati saya je tengok pakcik ni. Perlahan sangat pergerakan tangan dia. Diambilnya udang satu persatu, timbang. Eh belum cukup ni. Dia ambil lagi dan timbang. Semuanya cukup perlahan. Yelah, kudrat orang tua yang masih terpaksa bekerja kan.
Bayangkan umur dah berusia tapi terpaksa keras lagi. Nak ambil stok ikan bukannya dekat. Kena ambil di jeti yang terletak berpuluh kilometer dari situ. Dah la motor pun uzur sangat dah tu. Seat terkoyak sana sini. Karat pun penuh satu body.
Aduh.Macam mana la saya nak bantu pakcik ni. Tiba tiba dapat ilham ” Pakcik. Saya borong semua ikan tenggiri yang 2.5 kilo ni dan bagi saya udang dan ikan ni banyak banyak ya ”
” Ada tempat air paip tak? Saya nak potong ikan tenggiri ni kat sini “
Punyalah suka pakcik ni bila saya beli ikan tenggiri dia sampai dia nak potongkan ikan tu disitu juga!
Inilah kebahagiaan teman-teman. Kebahagiaan sebenar adalah bila kita boleh tengok kebahagiaan orang yang kita tolong.
Kebahagiaan sebenar adalah bila orang lain boleh bahagia disebabkan oleh bantuan kita. Tak semestinya bantuan tu kena banyak dan besar.
Kadangkala benda semudah senyuman di awal pagi, halalkan baki ketika membeli dan bantu peniaga kecil dengan memborong lebih sedikit ketika kita diberikan lebihan rezeki pun dah cukup membuatkan hati manusia lain berbunga bunga dah.
Dan percayalah, ketika kita membuatkan hati manusia lain berbunga dan bahagia. Disitulah mulanya pintu rezeki kita sendiri pun akan mula terbuka.
Taufiq Razif
Baca Lagi Di Sini: Bahagiakan Isteri Sedekah Terbaik Seorang Suami, Yang Paling Besar Pahalanya!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersama-samalah kita berusaha membantu dan membahagiakan orang lain semampu kita. Percayalah apabila membuat hati orang lain bahagia, kita turut mendapat ‘tempiasnya’ yang sama, malah dibukakan pintu rezeki seluas lautan.
Sumber: Dr Taufiq Razif