
Isi Kandungan
TogglePernah tak anda buat cucur daripada nasi tak habis? Haaa… biasanya mungkin esok hari anda buat nasi goreng tapi bosan juga asik ulang tayang menu sama. Apa kata, kita olah nasi sejuk jadi cucur.
Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau sajian petang. Lepak-lepak dengan anak-anak atau kawan-kawan, cuba goreng cucur nasi. Sedap, tak percaya sila cuba petang ini…
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.

2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BANJIR BALING: Ajal Bersama, Jasad Menantu Hamil & Mak Mentua Ditemui Berpelukan!

Isi Kandungan
ToggleInna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mesti Baca:BANJIR BALING: 3 Sekeluarga Termasuk Wanita Lumpuh Hilang Dihanyut Kepala Air!
Artikel Menarik:Idea Bernas Projek RUMAH RAKIT Atas Darat, Waktu Banjir Terapung Elok!
Baca Lagi Di Sini:Lumur Minyak Pakai Stokin, PETUA Elak Kulat Air & Kaki Kecut Terendam Banjir!
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah

Sumber: Hmetro
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Cara Ini Untuk Hilangkan Dakwat Kekal SPR Dekat Jari Telunjuk, Selepas Jam 6 Petang

Buat pengundi yang baru pertama kali membuang undi, mencelup jari telunjuk kanan atau kiri pada dakwat SPR kekal adalah satu pengalaman baru untuknya. Memandangkan inilah pengalaman kali pertama dan cuma akan lakukannya lagi selepas 5 tahun, rasa sayang pula nak buang warna dakwat kekal dekat jari telunjuk tu.
Puas jugalah mengambil gambar dengan jari telunjuk yang berjasa untuk hari ini. Sampaikan jari telunjuk masing-masing tu boleh jadi trending sangat di media sosial. Dari setinggi-tinggi pangkat sampailah orang kebanyakan, tak lepaskan peluang bergambar dengan jari telunjuk masing-masing.
Kelakar pun iya, tapi itulah hakikatnya kan. Maka, kita pun berjalan-jalanlah dengan bangga kerana dah menjalankan tanggungjawab pada negara. Tapi selepas jam 5 petang, dah selesai pun masa untuk membuang undi anda akan rasa satu perasaan tak selesa dekat jari telunjuk tu.
Dia mulai kering dan mengecut. Sangatlah tak selesanya. Jadi bila dah malam mulalah mencari-cari cara nak menghilangkan warna biru gelap itu dekat jari tu. Cara ini boleh dipraktikkan sekiranya anda mempunyai kulit jenis tak sensitif ya.
Sebab ia akan melibatkan penggunaan peluntur pakaian. Bimbang kulit bermasalah jadi lagi bermasalah. Bermakna cara ini terpakai untuk kulit jenis yang tahan lasak saja. Hihi..
Caranya Boleh Buat Macam Ini
Sedikit Peluntur Pakaian – ada kata guna klorox tapi bila dekat rumah tak ada cuma ada Kao Bleach. Boleh juga try (sukatannya, agak-agak boleh rendam jari telunjuk tu)
Sediakan mangkuk
Sedikit losyen tangan – ini pakai apa brand pun boleh, yang sesuai untuk jari andalah.
Sehelai tisu basah/guna kain pun boleh
Masukkan sedikit peluntur dekat mangkuk. Rendam sekejap, lepas tu gosoklah sampai rasa warna tu dah berkurang. Nak bagi sampai hilang 100% memang mustahillah (mungkin ikut jenis peluntur). Guna yang dicadangkan ini dapat hilangkan dalam 90%. Tak mau gonyoh lebih, takut jari sakit.
Lepas itu cuci sampai bersih. Sebab tangan akan jadi lekit-lekit nanti. Saya guna juga sabun mandi biasa nak bagi kurang rasa lekit-lekit tu.
PS : Jari tu memang ada kesan luka lama ya. Hihi..

Bila dah rasa selesa, keringkan jari. Letakkan sikit losyen dekat tisu basah dan gosok dekat jari tadi. Tujuannya nak bagi kulit jari kita kembali lembap. Sebab, penggunaan dakwat kekal SPR dan peluntur tadi membuatkan hujung jari telunjuk jadi kering.
Nanti bila rasa tak selesa, boleh sapu lagi losyen dekat jari telunjuk itu sampai selesa balik.
Okay, selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

Kalau Jumaat minggu lepas MW kongsikan resipi menarik untuk sarapan pagi hari minggu, kali ini MW tampil dengan empat resipi ideal untuk minum petang pula. Sesekali apa kata asah skil masakan anda, untung-untung bermula dengan menjamu anak-anak dan suami…boleh ambil tempahan untuk tambahkan sumber pendapatan. Jom cuba empat resipi yang MW kongsi kali ni.
Pulut Mangga
Bahan-bahan :
- 2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
- 2 biji mangga
- secawan santan pekat
- secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
- 2 helai daun pisang / 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
Untuk kuah santan :
- secawan santan pekat
- sesudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- sehelai daun pandan (yang dicarik atau disimpulkan)
- garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
- Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
- Tuang bancuhan santan ke dalam adunan pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, dengan menggunakan garpu gemburkan pulut tersebut. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah santan, panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
- Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair tambah sedikit lagi bancuhan tepung. Kepekatannya mengikut selera anda.
- Pastikan kuah mempunyai sedikit rasa masin supaya dapat menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut ini bersama mangga yang telah masak ranum sebaiknya.
Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan :
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air } untuk merebus pulut
- 1/2 biji kelapa (anggaran dua cawan santan pekat dan dua cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan } carik dan simpulkan
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukupnya
- sesudu besar tepung jagung
Cara membuatnya :
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan dengan lembut. Pulut hitam akan pecah kembang sebaik ia lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan pula satu cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah santan, masak baki secawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu kacau supaya santan tidak berketul.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Pulut hitam sedia untuk dihidangkan bersama kuah santan.
Pengat Pisang
Bahan-bahan :
- tujuh ke lapan biji pisang
- 2 mangkuk santan pekat
- 2 mangkuk santan cair (atau boleh digantikan dengan dua santan kotak dan dua cawan air.
- 1/2 cawan sagu (dibersihkan)
- 2-3 keping gula melaka
- 1/3 gula pasir
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
Cara penyediaannya :

- Buang kulit pisang. Cuci bersih pisang dan masukkan ke dalam periuk.
- Masuk pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
- Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Pulut nyior
Bahan-bahannya :
- 1//2 kg pulut
- secawan santan pekat (untuk bancuhan tepung)
- secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
- 2 helai daun pisang atau 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
- garam dan gula secukupnya.
- 2 cawan kelapa parut
- 2 ekor ikan kering atau ikan sardin kukus digoreng
- gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
- Panaskan pengukus. Alas dulang pengukus dengan menggunakan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga ia lembut. Anggaran masa mengukus adalah sekitar 20 minit.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam satu mangkuk yang besar.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
- Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biarkan seketika supaya kuah banchuan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
- Untuk membuat kelapa parut, masukkan garam dan gula ke dalam kelapa parut secukup rasa. Siap dan boleh dihidangkan bersama pulut.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI