Sedapnya makan Char Kuey Teow.Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Senang sangat, mudah dan ringkas.Tak perlu nak beli lagi di gerai dan lebih jimat. Malah boleh letak rencah banyak dan memang puas hati bila masak sendiri.Rupanya antara tip buat Char Kuey Teow sedap kena guna api yang besar malah masak dalam pinggan yang berasingan.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.

“Hai selamat malam..juadah santai malam ni, “Char Kuey Teow” kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resipi paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan di bawah saya masak setiap pinggan berasingan.”

Bahan-Bahan:

Kuey teow (cuci toskan)

Bahan Tumis
3 sudu besar Cili kering kisar
Bawang besar (dikisar)
Bawang Putih (diketuk)
1 sudu besar cili sos
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram

Taugeh & kucai
Telur
Udang direbus (asingkn air)
Kerang (direbus)

IKLAN

Buat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan Berasingan

Buat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan Berasingan

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masukkn minyak.(minyak lebih sikit ye, supaya masukkn telur nanti kuey teow tak bantat) kuey teow dan minyak diorang ni friend forever.
2.Tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kicap manis.
3. Kemudian masukkan sedikit garam, kacau sebati dan masukkan air rebusan udang.
4. Pecahkan telur, kacau-kacau sebatikan. Masukkan pula kerang yang telah direbus, kuey teow, taugeh dan kucai. Siap! Pastikan guna api yang besar ye.

IKLAN

Buat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan Berasingan

Selamat mencuba .

IKLAN

Buat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan BerasinganBuat Char Kuey Teow Pastikan Guna Api BESAR,Masak Setiap Pinggan Berasingan

Baca Lagi Di Sini:
Sos Char Kuey Teow Homemade, Bila Nak Makan Sos Dah Ready!
Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!

MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila masak sendiri.

Sumber: SuiSan Aliezsha

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI