
Isi Kandungan
ToggleBiasanya mak-mak buat cendol sendiri atau beli yang dah siap di kedai? Kali ini kalau ada yang nak merasa buat sendiri, boleh godek resepi yang dikongsi Puan Syuhaila Ahmad.
Apa yang menarik, dia cuma menggunakan acuan maruku, bukan acuan cendol. Tengoklah hasilnya, sangat ‘helok’.
Bahan-bahan:
1 cawan tepungg beras
1 sb tepung jagung atau tepung ubi
4 helai daun pandan
3 cawan air (blend dengan daun pandan)
secubit garam
1 sk air kapur
Boleh guna sedikit pewarna jika nak warna lebih terang
Cara Buat Cendol
- Satukan semua bahan – tapis
- Masak dgn api kecil sampai pekat dan berkilat (kental).
- Masukkan dalam acuan maruku atau acuan roti jala (macam dalam gambar – tapi dah dipotong sedikit muncungnya supaya mudah keluar) atau piping beg.
- Picitkan kedalam bekas yang diisi air.
Haa.. nampak tak betapa mudahnya kerja mak-mak. Jadi sekarang mak-mak boleh buat sendiri cendol walaupun tak ada acuan cendol macam orang dulu-dulu guna.

Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Air Berbuka Puasa Resipi Sheila Rusly Ni, Terus Hilang Dahaga!

Isi Kandungan
ToggleSelain makanan, air yang sedap menyejukkan tekak juga sering menjadi perhatian sewaktu berbuka.Tengok video resipi air berbuka yang dikongsikan Sheila Rusly ni, nampak sedap terus rasa segar dan hilang dahaga puasa.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 15 tahun menghiasi kaca tv.
Jadi buat Mak-mak yang inginkan kelainan untuk air berbuka puasa nanti boleh cuba resipi yang Sheila rusly ini kongsikan sempena kedatangan bulan ramadan.
Resipi 1
Air Kelapa Laut, Longan & Lemon
Bahan-Bahan:
2 biji lemon
1 tin longan
1 tin kelapa laut
Air secukupnya
2 biji lemon
Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan longan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula kelapa laut.
3. Masukkan air dalam anggaran 2 gelas, ikut tahap kemanisan.
4. Perahkan sebiji lemon.(pastikan buang bijinya dulu) dan kacau rata.
5. Masukkan kiub ais dan hirisan lemon ke dalam mangkuk tadi.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Resipi 2
Air Nenas Soda
Bahan-Bahan:
1 tin nenas
1 tin limau mandarin
1.5 liter Ais krim Soda
Daun pudina
2 biji Limau Nipis
Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan air nenas dalam tin ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula limau mandarin dalam tin.
3. Tuangkan ais krim soda dalam mangkuk tersebut.
4. Perahkan pula dengan limau nipis.
5. Siat-siatkan dengan daun pudina.
6. Masukkan kiub ais dan kacau rata.

View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
MW: Nampak menarik dan cukup mudah nak buat air yang dikongsikan oleh sheila rusly ni. Jadi buat mak-mak yang inginkan kelainan dan nak rasai sendiri kesegaran air ini, boleh cuba resipi ini ketika berbuka puasa nanti.
Sumber:sheilarusly_jspictures
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangkit Cheese, Bakar Garing Baru Sedap Bila Gigit Terasa Keju Parut!

Isi Kandungan
ToggleCuti panjang seharian di rumah, mak-mak boleh bakar biskut Bangkit Cheese ni, buat dengan anak-anak. Sedapnya aroma biskut yang baru dibakar dengan campuran keju parut dan teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Sebotol makan pun tak perasan habis!
Boleh cuba resipi Bangkit Cheese yang dikongsikan oleh Puan Elyani Khai ini.
“Bangkit Cheese gabungan cream cheese + cheese cheddar parut”
Bahan-Bahan:
Adunan A
150gm cream chesse Tantura (suhu bilik)
250gm buttercup (seketul)
1 cawan gula halus/100gm
2 biji kuning telur
▶Mixer gula dan butter sampai putih , masukkan cream chesse,telur sampai sebati )
3 cawan tepung ubi kayu (sangai)
2 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
(**ayak semua)
1 sudu kecil esen vanilla
30gm Chesse Cheddar parut. (Timbang yang ketul, baru parut halus)
Cara Membuat:
1. Masukkn bahan-bahan ayak ni dalam adunan A. Kacau sebati dan uli sampai tak melekat di jari. Jika adunan lembik tambah sikit-sikit tepung ubi, masukkan chesse parut.
2. Dah uli, biarkan dalam bekas 30 minit. Terapkan dengan acuan yang anda suka.

3.Bakar suhu 170 api atas bawah selama 30 minit. Betul garing ye, baru sedap, bila gigit terasa cheese parut.
Baca Lagi Di Sini:
Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi
‘Biskut Kuarantin’ Namanya, Resipi Campak-Campak Campur Je Semua Kacau Guna Senduk!
MW: Sedapnya. Terasa lemak keju biskut bangkit cheese ni. Nak buat pun mudah, mak-mak memang kena cuba di rumah nanti.
Sumber: Elyani Khai
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Lengkap Buat Sandwic Tuna Viral Dalam Paper Cup, Kalau Nak Niaga Ikut Pesan Ibu Azzah

Isi Kandungan
ToggleSandwic Tuna Viral ini suatu masa dulu pernah jadi sebutan di kalangan mak-mak. Cara penyediaannya mudah malah tak guna banyak bahan.
Walaupun ‘simple’ tapi orang tak pernah jemu nak rasa. Sampai sekarang, ramai yang mencari resepi ini. Selain di makan dengan anak beranak, boleh juga dibuat niaga. Dapatlah nanti pendapatan sampingan. Tapi kena ikut pesan Ibu Azzah dulu.
Perkongsian cara membuat sandwic tuna viral dalam paper cup ini dikongsikan oleh Ibu Azzah dari Projek Masak Ibu Azzah.
“Sesuai dibuat untuk sebarang majlis. Intinya boleh divariasikan. Grilled chicken, egg mayo dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti sampai jadi ‘kebabom’ gitu.”
9 Bahan Sandwic Tuna Viral
1 buku Roti
1 tin Tuna
5 sudu besar Mayonis
1 biji Bawang Holland
2 biji Cili api
1 hiris Limau nipis
Tomato
Salad
Marjerin pelangi (tak ada dalam gambar)
Penyediaan Inti Tuna
I tin Tuna (flakes atau chunks), jenis berair atau berminyak boleh tapi mesti buang cairannya dulu
I biji Bawang Holland – cincang kasar
2 biji cili Api merah – potong halus
5 sudu besar Mayonis
Satu hirisan limau nipis ( jangan sebiji pulak)
Cara Membuat
1. Tuna dihancurkan dulu guna garfu.
2. Masukkan mayonis dan semua bahan yang lain (Rujuk Video). Jangan lupa perahkan asam limau.
3. Gaul rata sehingga sebati
4. Sedia untuk diguna terus.
5. Boleh simpan dalam chiller sekejap. Lagi sedap.
Cara Betul Sediakan Roti Dan Letak Inti Sampai Jadi Sandwic


















Menarikkan idea berniaga sandwic tuna viral dalam paper cup yang cute macam ini. Sesuai dijual kepada pelanggan yang nak buat majlis Hari Jadi anak, atau kenduri kesyukuran sambut kelahiran dan sebagainya.
Sumber/Foto/Video : Projek Masak Ibu Azzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI