Memang perit bila kena batuk dan sakit tekak. Tekak rasa gatal, sakit dan boleh jadi lebih teruk, sampai hilang suara. Disamping mengambil ubat yang disarankan doktor, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri candy pelega batuk dan sakit tekak ni di rumah. Ia sebagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
“Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.”
#homemade candy pelega batuk / sakit tekak.
Sebiji lemon (ambil jus)
1 sudu kecil serbuk halia
3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh. Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka. No problem.
1.Masak semua bahan di atas dalam api perlahan sampai berbuih macam ni. Kacau-kacau ya.
2.Bila dah berbuih, tutup api. Kacau-kacau lagi sampai buih hilang, dan air tadi jadi pekat dan agak melekit.
3.Cepat-cepat titiskan, sebab dia akan cepat mengeras. Titislah comel-comel. Kalau ada acuan, sila guna.
4.Bila dah keras, taburkan gula ising. Tapi di sini saya taburkan serbuk bunga ros sebagai ganti gula ising. Kata pun nak sihat, kan.
Yang ini, saya campurkan sedikit serbuk bunga ros dalam ramuan.
Dah keras dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Siaplah sudah
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh lah cuba buat sendiri Candy pelega batuk dan sakit tekak ini di rumah nanti.
Sumber: AJ Idris