Buat ‘Bread Fingers Magnum’ Jajan Premium, Confirm Berebut Habis Dulu! Jika dekat rumah tu ada roti yang tak habis, mak-mak boleh buat jajan premium ‘Bread Fingers Magnum’ untuk anak-anak. ‘Confirm’ laku keras, anak-anak berebut dan cepat habis nanti.
Lunch hari ni kita tak masak, petang-petang sikit kita masak.Ni kita buat Bread Fingers Magnum.Sakit mata, sakit hati tengok roti beria suh beli tapi makannya tak seberapa. So kita buat jajan premium confirm karang bapaknya pun berebut. Raya nanti pun boleh hidang dengan biskut-biskut lain jugak yang penting confirm yang ni habis dulu.
Roti gardenia
Dark Chocolate
Marjerin
Almond Nibs
1.Potong panjang roti gardenia, kemudian bakar selama 20min pada suhu 170°c. Ketepikan.
2. Cairkan dark chocolate,marjerin guna kaedah double boil.
3. Selepas itu masukkan almond nibs dalam dark choc yang dah cair tadi.
4. Akhir sekali salutkan roti yang dah dibakar tadi dan sejukkan.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi Mudah PUDING ROTI KARAMEL Pasti Jadi, ‘Blender’ Je Semua Bahan!
Baca Lagi Di Sini:Roti ‘Expired’ Buat Baja, Dapat Lebatkan Bunga, Buah & Gemukkan Daun!
Artikel Menarik:ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!
Mingguan Wanita: Mudahnya resipi Bread Fingers Magnum ni. Roti tak habis dekat rumah boleh buat macam ni, sekejap je licin anak-anak makan nanti.
Sumber: Siti Asma Ctzeck
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.