Buat Batas Pokok Kucai, Tanah Berbaja Proses, Lepas 3 Hari Baru Tanam

Share

Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.

Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.

Cara Tanam Kucai Atas Batas Tanah Berbaja

Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya

.”

1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti.
2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah.
3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.

Hasil Pokok Kucai Yang Sudah Membesar

√   Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.

√  Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.

√  Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.

Kawasan tanah terhad, cara betul tanam kucai dalam kotak polistrin.

MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.

Sumber/Foto : Siput Lala

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer