Buat Akok Kedut Guna Pembakar Roti, Masukkan 5 Biji Telur Pun Hasilnya Langsung Tak Hanyir!

Share

Waahh… tak sangka cuma pembakar roti pun boleh buat akok kedut! Kalau ada mak-mak suka sangat makan akok kedut tapi tak ada orang jual dekat-dekat rumah, boleh lah cuba resepi yang dikongsikan Puan Halimatun As Saadiah Ismail

ini, nampak pun sedap!

Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telor walaupun dah sejuk.

Resepi Buat Akok

Masak air gula & sejukkan
(1 cwn air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
Sukatan ikut kemanisan masing-masing.

1) 5 biji telor
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gmbr (option)
3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan
( blend semua skli dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
7) Masukkan air gula yg dah sejuk td, blend sekejap

Bakar sampai golden brown.

Nota:

Perisa pandan ni ada color.. so nampak kuih akok tu seakan-akan hijau. Tak perlu blend daun pandan dah.

Published by
Nadia