Air tenaga. Inilah air yang menjadi pilihan untuk diminum. Tapi bukan hanya bulan puasa, bulan lain pun boleh. Cuma ia cukup popular kalau tiba bulan Ramadan.
Selalunya, mak-mak lebih suka hidangkan minuman milo, coklat atau susu untuk bantu anak beri tenaga pada siang hari di bulan Ramadan. Tanpa kita sedar ada air tenaga yang sangat membantu anak-anak kita kekal segar dan tenaga sepanjang hari.
Bukan hanya untuk anak-anak, orang dewasa pun boleh amalkan minum air ini. Buat malam dan minum semasa sahur.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalan Sunnah Buat Air Nabeez, Rendam Kurma Waktu Malam & Minum Masa Bersahur
Pantang Larang Buat Air Nabeez, “Tapi Serius Tak Rasa Letih Sangat!”
Minuman yang sebenar untuk sahur adalah air nabeez. Bukan air coklat, bukan air bijirin, bukan air manis.
Inilah minuman yang saya tak tinggal minum bila berpuasa waktu mengandung dan menyusu dulu.
Saya pernah mengandung, mengandung dan menyusu dalam tahun yang sama, menyusu dua anak dalam tahun yang sama waktu Ramadan.
Alhamdulillah, Allah izin dengan usaha saya amalkan air nabeez, saya dapat jaga waktu puasa Ramadan dari Subuh hingga Maghrib dengan izinNya.
Waktu tak mengandung dan menyusu pun, saya masih minum air tenaga ni bila berpuasa. Bagi anak dan suami kita minum jugak. Satu keluarga lah senang cerita.
Air yang beri tenaga berpanjangan sampai waktu berbuka, dengan izinNya.
Rendam kurma berserta biji.
Ambil 3, 5 atau 7 biji kurma, carikkan.
Masuk dalam jug, tambah air, ikut keperluan keluarga kita minum banyak mana.
Buat waktu malam, tinggal di suhu bilik dan minumlah waktu sahur. Boleh buat untuk minum satu hari je.
Lebihan kurma dalam air, kalau tak nak terus makan, waktu berbuka nanti blend dengan susu atau santan, dah jadi kurma milkshake.
Air Nabeez, rendaman kurma atau kismis, air yang jadi amalan Rasullullah S.A.W.
Apa yang Nabi buat, tak ada satu pun yang sia-sia kan. Apa yang Nabi tunjukkan, semuanya bawa manfaat untuk ummat kan.
Kita boleh cuba buat dan rasai perbezaannya.
Caranya:
1. Boleh guna mana-mana kurma
2. Carikkan kurma, biji jangan buang.
3. Masuk kurma dan biji dalam jug
4. Kemudian tuang air.
5. Tinggalkan semalaman. Biar je suhu bilik
6. Masa sahur nanti warna dah berubah sikit.
7. Tuang dalam cawan.
8. Bagi anak minum untuk tenaga sepanjang waktu puasa.
Mingguan Wanita : Bukan hanya tunggu bulan Ramadan saja untuk minum air nabeez tapi boleh saja bila-bila masa. Selamat berpuasa.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita