Bila banyak angin dalam badan, mesti rasa kurang selesa dan semua benda pun tak boleh nak fokus. Mulalah sakit kepala, susah nak membuang dan sebagainya.

Sebenarnya, ada cara mudah dan murah bagi membantu mak-mak untuk buang angin dalam badan. Tak perlu habiskan banyak duit dengan mengambil suplemen atau ubat-ubatan, cukup dengan hanya bahan di sekeliling rumah saja.

Inilah yanng dikongsikan oleh Azurah Ahmad yang menggunakan air rebusan daun pandan untuk buang angin dalam badan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Rawat Sakit Tekak & Demam Panas, Boleh Ikhtiar Dengan Makan Labu

Amalkan Minum Air Daun Sup  Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Info Lebih Menarik DI SINI

Buang Angin Dalam Badan Dengan Air Rebusan

Bahan:
Daun pandan
Halia
Gula batu

Ads

Caranya:
Ambil beberapa helai daun pandan, 2 inci hali yang diketuk dan 1 ketul gula batu. Rebus air dari 2 gelas untuk jadikan 1 gelas.

Buat Air Rebusan Pandan Bantu Buang Angin Dalam Badan, Bajet Murah & Berkesan!

Buat Air Rebusan Pandan Bantu Buang Angin Dalam Badan, Bajet Murah & Berkesan!Minum suam-suam.

Bukan saja untuk minum tapi boleh buat dapur berbau wangi.

Ads

Fungsi air ini bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut.

Boleh minum 2 kali sehari, siang dan malam. Jika tak berkesempatan, bol.eh saja minum 2 jam sebelum tidur. Hasilnya, angin berdesup keluar dari badan.

Bahan yang senang nak cari dan bajet murah. Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Kalau cara lain tak menjadi, lepas ni bolehlah cuba cara ini pula.

Ads

Sumber: Azurah Ahmad

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI