Memang ada benarnya banyak masa terbuang jika mengambil upah menjahit baju, namun pelanggan tidak membuat pembayaran pada waktu sepatutnya. Bukan apa, sewaktu musim raya ini Tukang Jahit adalah orang yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan baju raya. Memang tak menang tangan dibuatnya, sehingga berjaga malam demi memastikan baju pelanggan dapat disiapkan sebelum raya.
Namun yang agak dikesalkan apabila baju siap, pelanggan pula sambil lewa dan menangguhkan pembayaran dan lewat mengambil baju dari tarikh sepatutnya.
Tukang Jahit Nurul Ain Chinta Design ini ada kongsikan pengalaman cara berhadapan dengan pelanggan sebegini. Terutamanya bagi yang masih baru mengambil tempahan.
Berikut perkongsian tersebut;
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana cara nak berhadapan dengan customer. Ini cara saya;
1.Cara uruskan giliran baju siapa perlu jahit dahulu?
Jawapan:Saya akan tanya customer bila nak saya pos. Jadi saya ikut dated line customer bukan ikut turn siapa hantar cepat dahulu.
2.Cara mengelakkan customer tangguh bayaran baju.
Jawapan:Sebelum proceed baju mereka, saya akan whatsApp tanya bila boleh payment? Contoh customer bagitau 1hb baru boleh bayar. So saya akan bagitau siap-siap, 3 hari sebelum 1hb perlu settle payment ya.
3.Cara layan customer di WhatsApp
Ads
Jawapan:Saya jenis tak banyak masa untuk melayan dari A to z. Mula-mula saya akan minta contoh design baju yang customer request dan bagi harga terus. Jika setuju dengan harga baru kita next step. Saya jenis tak suka sorak-sorak harga. Baju siap baru nak bagi harga itu bukan cara saya.
4.Jika customer langgar date line payment baju yang telah ditetapkan tarikh oleh customer sendiri.
Jawapan: Saya akan whatsApp dah payment pada dia. Sebab date payment dah lepas. Sebelum dateline saya dah hantar gambar baju mereka yang dah siap dan customer kata sorry nanti saya bayar. Saya akan whatsApp lagi. Boleh bagi date bila boleh bayar sebab saya kena noted dalam sistem order. Dan pasti mereka akan ‘alert payment’ selepas itu.
Gambar Hiasan
5.Jika customer langgar dated line payment ke 2.
Jawapan:Saya akan whatsApp boleh buat payment tak sebab barang dah nak keluar ‘runner’ akan datang collect serentak. Dan saya akan set nama whatsApp mereka “customer delay payment”.
6.Jika customer minta buatkan baju perlu siap sebelum raya tetapi tak ambil bila sampai masa?
Ads
Jawapan:Saya akan whatsApp dan customer bagi alasan takpe la lepas raya baru pos la sebab dah nak balik kampung. Takut tak sempat sampai dan saya akan jawab boleh lepas raya pos tapi perlu payment dulu boleh tak. Sebab saya ada target pendapatan income minggu yang perlu saya capai sebab saya banyak komitmen yang perlu dibayar. Dan biasanya customer akan bayar.
Buang masa saya jahit baju mereka jika mereka tidak buat payment di waktu yang sepatutnya sebab mereka takkan pernah tau kita tidak tidur malam semata-mata siapkan baju mereka.
Itu sahaja perkongsian saya. Next posting saya akan share cara saya uruskan masa saya supaya tidak pernah lari jadual waktu kerja sambil jaga anak kecik.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak tukang jahit, semoga tip ini boleh dijadikan panduan dalam berhadapan dengan pelanggan.Paling penting berterus terang dengan pelanggan dan jangan hanya memendam hati.
Memang tak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin banyak kedutan yang ada pada wajah. Macam-macam cara dilakukan bagi mencegah dan mengelakkan kedutan-kedutan ini.
Satu tip kecantikan baharu yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.
Hasil Seperti Suntikan Botoks
Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.
“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.
Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.
“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.
“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal.Jangan mudah percaya trend pelik-pelik macam ni iya. Secara logiknya, tak mungkin pita pelekat mampu hilangkan kedutan pada wajah.
Tindakan selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob,40 membersihkan muntah anaknya sendiri di lantai salah sebuah kedai serbaneka sebab tak nak orang lain terpijak wajar menjadi contoh buat mak ayah yang lain. Ia juga boleh menjadi salah satu cara didikan dan memupuk rasa bertanggungjawab pada anak-anak, apabila melihat perlakukan dan tindakan yang mak ayah lakukan.
Menerusi video yang dikongsikan Fazely Yaakob di akaun Instagram (IG) peribadinya menunjukkan dia sedang mengemop lantai sambil diperhatikan anaknya, Ahmad Firudz yang difahamkan baru sahaja termuntah.
Video tersebut mendapat perhatian pengikut IG yang rata-rata memuji cara Fazley yang dikatakan sebagai contoh terbaik.
Fazley dalam entri tersebut memberitahu ketika bawa anaknya ke kedai serbaneka tersebut, anaknya tiba-tiba termuntah.
Bimbang muntah itu dipijak oleh orang lain, Fazley terus bertindak mengemop serta membersihkannya sendiri.
“Saya ayahnya, jadi biarlah saya yang bersihkan, saya tak nak orang lain buat,” jelas chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob mengenai tindakannya yang membersihkan sendiri muntah anaknya di sebuah pasar raya mini.
Katanya, perlakuan itu hadir secara spontan kerana anak ketiganya, Ahmad Firudz Shah (Piyush) muntah sebaik sahaja tiba di pasar raya mini tersebut.
“Ia memang spontan. Piyush termuntah sebaik sampai di kedai. Jadi, saya terus ke stor cari mop serta baldi dan mencucinya.
“Saya rasa orang kedai tu pun tak perasan anak saya muntah. Lagipun, mereka terlalu sibuk dan pelanggan pun ramai.
“Biarlah saya saja yang pastikan pelanggan lain tak terpijak,” katanya.
Jelasnya, ia merupakan satu perkara semula jadi bahkan merupakan salah satu tanggungjawab mak ayah.
“Saya rasa benda ini secara natural, kalau anak-anak kita yang buat kotor jangan harap orang lain bersihkan.
“Cuba sedaya upaya untuk pegang tanggungjawab itu, walaupun kita dah pakai elok-elok untuk ke acara penting.
“Anak-anak ini macam kain putih, biar mereka sedar kita sebagai ibu bapa adalah contoh terbaik,” katanya.
Tidak menduga, perkongsian itu berjaya mencuri perhatian peminat dan pengikutnya di IG yang rata-ratanya kagum dengan tindakan Fazley.
Kesimpulannya, tindakan ini memang wajar & mak ayah memang kena biasakan diri menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak, agar menjadi ikutan mereka.Perkara yang sama juga boleh dilakukan sewaktu keluar makan di kedai atau restoran. Apa salahnya, memudahkan kerja pelayan dengan kumpul sisa-sisa makanan anak yang berterabur dalam satu pinggan berbanding membiarkan ia bersepah-sepah diatas meja.
Menjadi tanggungjawab mak ayah supaya memberikan nama dan maksud yang baik buat anak yang baru dilahirkan. Semoga ia menjadi anak yang soleh, solehah, berguna pada agama bangsa dan negara.
Bersempena hari ketujuh kelahiran, usahawan terkenal Neelofa,31 telah mengumumkan nama anak keduanya yang lahir pada 11 Julai lepas. Nama dan tafsiran yang cukup baik iaitu Abdullah Abbas.
Penjelasan lanjut dikongsikan oleh Neelofa sendiri di Instagramnya.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
Sehingga ada hadith nabi saw bertanya
Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’” Riwayat al-Bukhari (1149)
Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
Abdullah Abbas Nama Anak Kedua
Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”
Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.
Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah. Abdullah Abbas, sedap nama dipilih dan mempunyai makna tersendiri. Semoga Abdullah Abbas menjadi anak yang soleh, bijak, dan menunaikan impian umi dan abah menjadi daie satu hari nanti.