Kebiasaannya kebanyakan daripada kita mencuci siput dengan menggosok cengkerangnya gunakan batang pisang, ramas dan lalukan sahaja di bawah air sebelum disiang.
Sebenarnya untuk memastikan siput lebih bersih dan bebas segala kotoran, kena celur sekejap dalam air panas mendidih. Bukan apa, siput yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan kuahnya tak cantik, keruh dan rasa lumpur. Malah untuk mendapatkan rasa siput yang lebih ‘berlemak’, siput-siput ini perlu diberikan makan kelapa parut sehari sebelum dimasak.
Tip ini dikongsikan oleh Encik Arbi Mohd Arbi yang berpengalaman kerja sebagai Venue Manager untuk coffee house di Le Meridien Kuala Lumpur, serta pernah mengikuti pelbagai kursus keselamatan tentang makanan peringkat antarabangsa.
“Pembelajaran kita pada hari ini, membersihkan dan membuang kotoran siput sedut untuk mendapatkan kuah yang kuning berkilau.Biarlah saya hentikan mitos kelapa parut, batang pisang dan siput sedut ni. Abis…kalau orang duk umah flat, mana nak dapat batang pisang?”
“Tiada Istilah tabur kelapa parut siput akan memuntahkan segala Lumpur atau lendir didalam badan dia. Malah tanpa lendir, siput akan mati. Dah la mahal.Siput sedut umumnya tinggal di kawasan berlumpur bakau, persekitaran yang masam.Siput memerlukan kelembapan untuk terus hidup.”
“Ini apa yang saya pelajari dari seorang pembekal siput sedut ketika saya membeli 50 kg siput sedut.”
“2 hari sekali bagi makan iya. Lepas tu renjis-renjis air laut yang saya bekalkan ni.”
Bagi makan?
“Iye la. Tabur kelapa parut nak bagi isi dia lagi lemak dan tahan lama” ujar abang tu.
Saya praktiskan pesanan abang tu, percaya atau tidak siput tahan sebulan!
1. So..comelkan dia.Siput sedut yang berlumpur haruslah dibersihkan dengan air yang lalu.Sambil gosok mereka antara satu sama lain dalam genggaman.Ulang langkah ni beberapa kali.
2.Kemudian, ambillah apa pun peralatan yang sesuai untuk menyiang siput ni. Asalkan safety first, buang 2 ruas dari ekor dia.
3.Selesai urusan menyiang, didihkan air panas. Celurkan siput buat seketika, angkat dan toskan airnya.
4.Eh…biasa semua lepas siang, terus masak kan…ha…Tudia kuah hirupan. Cuci guna batang pisang pun akan dapat hasil kuah yang camni tau.
5. Hasilnya, siput lebih bersih dan kuah yang kuning berkilau.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi DiSini: PENTING Bersihkan Darah Beku, Buang Urat Atas Tulang Perut Ikan Siakap!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka masak siput sedut, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Barulah siput betul-betul bersih, tiada kotoran..Kuah pun jadi lebih sedap tak rasa dan berbau lumpur.
Sumber: Arbi Mohd Arbi