Brunei laksana waktu kerja 6 jam di bulan Ramadan, beri tumpuan beribadah. Ramadan merupakan bulan diwajibkan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam. Bahkan, Ramadan paling dinantikan orang beriman kerana Allah menjanjikan pelbagai keistimewaan berbanding bulan lain.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Setiap amalan anak Adam akan digandakan 10 kali ganda seumpamanya sehingga ke 700 kali ganda, kecuali puasa kerana puasa adalah untuk-Ku dan akulah yang mengganjarinya”. (Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim).
Berdasarkan potongan hadis di atas dapat kia fahami bahawa bahawa ibadah puasa yang difardhukan itu merupakan sebuah ibadah yang sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT.
Di kesucian Ramadan ini, Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menitahkah rakyatnya untuk bekerja selama 6 jam sahaja setiap hari khususnya yang bekerja di pejabat kerajaan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim Mangkat Usia 38 Tahun
Zaman Menunjuk, Tak Perlu Teruja Kongsi Demi PUJIAN, Hidup Biasa-Biasa & Bersyukur
Waktu bekerja bagi kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari Isnin hingga Sabtu dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.
Mereka akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang sementara hari Jumaat pula, hanya sehingga jam 11.30 pagi sahaja untuk memudahkan rakyat beribadah.
Manakala bagi pekerja yang makan gaji, Baginda meminta waktu bekerja dikurangkan sejam berbanding kebiasaan.
Menjadi satu kerugian jika kita memikirkan Ramadan bulan untuk diet, kumpul duit banyak-banyak atau begitu meraikan hari raya kerana sesungguhnya, Ramadan bulan penuh kerahmatan, pengampunan dan kemuliaan.
Suatu ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: Amin, Amin, Amin. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu Jibril berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah Amin (wahai Muhammad). Maka aku katakan: Amin” (Riwayat Ibnu Hibban)
Hadis di atas menyebutkan kerugian ke atas orang yang sempat berada dalam bulan Ramadan tetapi kesempatan itu tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.