
Raya tinggal berberapa hari lagi. Masih sibuk cari idea untuk buat kuih ye! Atau ada yang nak tambah kek last minute pulak. Tak payah nak pening-pening, mak-mak boleh cuba kek brownies yang memang gerenti sedap dan cara nak buat pun senang. Gerenti jadilah.
Jom, ikuti cara mudah resipi oleh Puan Azlina Ina yang dikongsinya.
Brownies Raya
Bahan- bahan:
125 gram butter (senang 1 butter potong 2)
1 blok 1/2 coklat beryls (pilih dark) – Dalam 1 plastik 1 kg ada 4 bar kan so ambik 1 bar 1/2 sahaja – Cairkan
3 biji telur
1/2 cawan gula perang ( tak nak manis, kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
Kacaukan.
Masukkan coklat yang dicairkan tadi dalam bekas yang ada telur dan gula tadi (kacau dulu) Pastikan masukkan coklat ketika panas-panas.
Akhir sekali, masukkan 3/4 cawan tepung self rising. Kacau sebati
Lapik loyang 8×8 dengan baking paper, wajib lebih kan kiri kanan bekas.
Tuangkan adunan dan masukkan dalam oven pada suhu 140-150 ‘c yang dipanaskan seketika. Bakar selama 50-1 jam.

Siap.
Mudah sangatkan.
Resipi: Azlina Ina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Souffle Cheesecake, Anda Cuma Perlu Sediakan 3 Bahan Masak

Isi Kandungan
ToggleSalah satu pemanis mulut untuk penggemar cheese, resepi ini adalah perkongsian dari Puan Florence Jonathan, percubaan pertama beliau membuat Souffle Cheesecake dengan hanya menggunakan 3 bahan. Sedap atau tak, anda kenalah cuba buat sendiri!
Bahan-bahan:
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, ia tak jatuh) ketepikan.
2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi, kacau-kacau sampai sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi smpai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digaris dengan oil atau butter dan dilapik dengan baking paper.
7. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
8. Bakar adunan kek dengan kaedah bain marie menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung oven masing-masing.(oven saya dah lebih 10 tahun, sebab tu ia ambil masa nak masak). Guna api atas dan bawah.
9. Bila kek sudah masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling kegemaran masing-masing.

10. Adunan agak sedikit, better guna loyang kecik supaya kek nampak montel. Boleh doublekan bahan-bahan kalau menggunakan loyang besar.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tip Guna Kuali Non Stick, Walaupun Sayang Elak Guna Jika Dah Bercalar

Isi Kandungan
ToggleKuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut antara perkongsian oleh Hadihaizil Din sebagai panduan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3.Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.

4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Semoga bermanfaat!
Sumber:Hadihaizil Din & RASA
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat TEH ROZEL, Simpan Tempat Kering Boleh Tahan Sampai Setahun!

Isi Kandungan
ToggleJika di rumah ada tanam pokok Rozel, rupanya kita boleh buat Teh Rozel sendiri. Mudah je. Simpan tempat kering boleh tahan lama sampai setahun. Bukan apa selalunya, buah rozel ni kita buat jus, jadikan jem, halwa dan sebagainya. Bila buat teh ia lebih mudah nak bancuh untuk diminum.
Boleh rujuk perkongsian daripada Puan Dayah Hayad ini sebagai panduan.
Untuk perkongsian bersama. Rozel ada banyak jenis. Setakat ni saya pernah tanam 6 jenis rozel. Rozel merah, rozel putih & rozel hijau. Setiap jenis ada rasa tersendiri.
Tanam sepokok pun dah banyak buahnya. Selain dibuat jus segar, jem & halwa, boleh juga dikeringkan untuk dibuat teh. Boleh simpan lama, mudah dibawa ke mana-mana & nak bancuh pun lebih senang.
Di sini saya letakkan gambar sahaja. Sesiapa yang nak tengok video bolehlah lihat di sini. Maaf jika ada kekurangan. Betulkan jika ada kesilapan.
Rozel yang biasa ditanam di kawasan kampung. Warna merah sedikit gelap. Tapi ini bukan rozel jumbo/ giant. Yang ni kecil sedikit dari rozel jumbo.
Rozel putih. Warna air macam dalam gambar tulah. Saya lebih suka rozel putih. Ada rasa tersendiri.
Rozel ni warnanya merah terang. Kalau di bawah cahaya matahari, sangat cantik warnanya, merah menyala. Tapi sebab kurang cahaya (waktu malam) jadi gelap pula warnanya . Boleh tengok gambar di bawah (dalam besen) untuk warna yang lebih jelas.
Cara Membuat:
1. Mula-mula, cuci rozel dengan air paip + garam kasar untuk hilangkan kotoran yang ada. Kena cuci satu-satu sebab ulat bulu, semut & labah-labah suka bersarang dalam kelopak rozel ni.
2. Lepas dah cuci dengan air garam, bilas dengan air paip.
3. Kemudian toskan.
4. Saya guna oven pengering makanan. Lebih cepat. Kalau tak ada oven pengering boleh jemur di bawah cahaya matahari. Mesti Ada yang tertanya-tanya, oven biasa boleh guna ke? Saya pernah guna oven biasa tu. Hasilnya: Hangit! Walaupun dibakar dengan pintu sedikit terbuka. Entahlah, mungkin saya yang tak pandai guna.
Boleh beli Pengering Makanan di Sini
5. Set suhu maksimum 80°c. Tempoh Masa 4 @ 5 jam.
6. Bila dah kering macam nilah saiznya. Jauh berbeza.
7. Kemudian kisar guna balang pengering. Seeloknya lepas keluar dari oven terus kisar. Hasilnya akan lebih halus & cantik. Nak kisar pun senang sebab rozel tu masih garing. Sekali mesin je dah jadi. Kalau simpan dulu baru kisar, mungkin kena ulang mesin banyak kali.
8. Inilah hasilnya.
9. Siap! Uncang teh tu saya beli di Shopee. Boleh guna tali atau gam guna impulse sealer. Simpan di tempat kering, boleh tahan sampai setahun.
Boleh juga kisar guna Mind Food Chopper Set ini.

Malah nak lebih sedap boleh juga letak sedikit madu asli seperti Bees Talk Pure Honey Value Set ini di dalam teh tersebut.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
Terima kasih.
Baca Lagi Di Sini:
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mingguan Wanita: Menarik nya boleh buat Teh Rozel sendiri di rumah. Bukan sahaja sedap, malah mudah nak bancuh, dan boleh tahan lama sampai setahun.
Sumber: Dayah Hayad
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI