Brokoli Sayuran Berkhasiat Enak Dimasak Pelbagai Resipi

Share

Brokoli yang berwarna hijau ini memang kaya khasiat namun mungkin tak ramai yang tahu cara memasaknya selain goreng atau dimasukkan ke dalam sup saja.

Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa antikanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Cuti-cuti macam ni adalah masa bagi mak-mak untuk cuba menu baru untuk keluarga. Anak-anak memang jarang yang suka sayuran hijau. Jadi, mungkin dengan memasak dengan cara yang berbeza, boleh tarik minat mereka. Selamat mencuba!

BROCCOLI PARMESAN FRITTER

BAHAN-BAHAN:

230gm brokoli | cencang

1 biji telur

65gm tepung gandum

30gm keju parmesan parut

½ sudu teh garam

Serbuk lada hitam cukup rasa

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
  2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
  3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
  4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

BROCCOLI MOZZARELLA BITES

BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan madu

60gm brokoli | potong kasar

60gm keju mozzarela | parut kasar

1 biji telur

160ml susu segar

150gm tepung gandum serba guna

3gm serbuk penaik

½ sudu teh garam

½ sudu teh minyak masak

1 biji bawang merah | racik

Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
  3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
  5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
  6. Angkat dan tos minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan. Enak dicecah dengan cili sos Thai.

Resipi lain juga ada di sini:

Resipi Rendang Telur. Sesekali Tukar Selera Untuk Dimakan Dengan Nasi Lemak, Sedap!

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

PASTA BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

350gm pasta spageti

2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti

30gm minyak | untuk menumis

10 ulas bawang putih | dicencang halus

50gm brokoli | dicencang halus

50gm brokoli | potong kasar

1 kiub pati ayam

30gm keju parmesan

Air secukupnya untuk merebus spageti

Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
  2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
  3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
  5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.

 

 

 

Published by
Nurul Azwa