Boss susu kongsi pentingnya beri  bonus & gaji awal sebelum raya, gembirakan pekerja amalan baik. Akui dulu pernah kecewa. Setiap tahun, pasti ramai yang tertunggu-tunggu bonus dari syarikat. Ia ibarat semangat untuk bekerja kerana bertungkus lumus selama setahun dan menuai hasilnya dengan bonus pemberian syarikat.

Namun tidak semua majikan melihat pemberian bonus ini sebagai pemangkin semangat. Alasan sering kita dengar, ekonomi tidak baik, syarikat alami kerugian dan berbagai alasan sehinggakan tahap moral pekerja menjadi rendah kerana mereka tidak melihat usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk syarikat berbaloi (walau masih menerima gaji bulanan).

Boss Susu Kongsi Pentingnya Beri Bonus & Gaji Awal Sebelum Raya

Satu perkongsian dari Boss Susu, Azmi Zainal mendapat banyak perhatian apabila berkongsi perihal bonus dan gaji awal untuk menghadapi raya.

Katanya, dirinya pernah rasa kecewa kerana tidak mampu menyediakan apa untuk keluarga dan kini di puncak kejayaan kerjaya, dia akui bonus dan gaji itu adalah hal yang menggembirakan hati pekerja.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

Selama Bekerja Pemandu Bas Ini Tak Pernah Bagi Duit Bonus Pada Mak, Pertama Kali Beri Kejadian Aneh Pula Yang Jadi

Kongsi Rezeki, Fahami Emosi Pekerja, Ini Anggaran Kos KA Berhabisan Untuk Staff, Lumayan!

Mak Ayah KENA ADA SIMPANAN Sendiri, Anak-Anak BUKAN PELABURAN HARI TUA Kita

Ads

Ikuti perkongsiannya.

Ni meeting aku dengan GM dan pengurus HR minggu lepas kat Muazam. Meeting pasal annual increment, gaji sebelum raya dan tarikh bonus raya.

Boss Susu Kongsi Pentingnya Beri Bonus & Gaji Awal Sebelum Raya, Gembirakan Pekerja Amalan Baik. Akui Dulu Pernah Kecewa

Di Farm Fresh kami bayar bonus ikut perayaan. Kalau yang Chinese dan India, kami bagi bonus tahunan sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Kalau yang melayu kami beri bonus masa Hari Raya Aidilfitri.

Dengan cara ni pekerja kami akan lebih bermakna hari rayanya. Mereka pasti gembira bila nak raya. Dapat bonus pulak, boleh beli baju raya untuk keluarga. Boleh  bagi duit raya untuk mak.

Ads

Gembirakan Pekerja Amalan Baik. Akui Dulu Pernah Kecewa

Raya ni perayaan yang kita tunggu-tunggu selama setahun. Begitu juga dengan bonus. Kalau kita dapat kedua-duanya pastilah kita suka sangatkan. Menggembirakan pekerja juga satu amalan yang baik.

Saya cakap dengan pengurus HR supaya bayar gaji sebelum hari raya kerana di rumah mereka ada yang berharap. Mungkin tak banyak. Kalau yang bujang, dia boleh tolong belikan daging buat keluarganya.

Dia akan bangga. Maknya akan cakap pada adik beradik yang lain, ”daging lembu yang mak buat rendang ni abang kau yang beli kan”.

Atau bagi seorang ketua keluarga, anaknya akan cakap pada neneknya masa balik kampung nanti, ”Opah… abah kita beli kan kasut adidas tau… cantik tak opah”.

Ads

Aku penah merasa saat-saat aku tidak mampu menggembirakan keluarga satu ketika dulu. Kecewanya tidak terkata. Jadi, saya tak nak  pekerja saya rasa kecewa di hari raya.

Sekarang saya dalam perjalanan ke stesen kami di Muazam shah. Malam ini saya buat majlis berbuka puasa untuk mereka. Di sini saya ada 424 org staff (keseluruhan staff kami 925 orang). Beria-iya mereka buat persiapan untuk  malam ni. Gembira betul seolah-olah ada kenduri besar.

Semoga Allah beri kami rezeki dan rahmatnya dan Farm Fresh terus maju.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Datin Lisa Surihani Takut Dipuji Orang

“Lisa harap yang mereka tak rasa kepayahan untuk istiqamah tu tidak diambil kira sebab istiqamah itu adalah satu ibadah” kata Datin Lisa Surihani. Tutur caranya yang tidak lekang menyebut alhamdulillah membuatkan min cair..

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI