Bosan Makan Daging Dan Ayam, Masak Udang Tumis Tempoyak Dan Asam Rebus Keladi Udang

Bosan rasanya dah berhari-hari makan hidangan berasaskan daging dan ayam. Jemu rasa makan rendang kan? Ha.. Jom kita beralih pada hidangan tradisi pula. Tak ada istilah bosan memakan masakan tradisi biarpun pelbagai hidangan viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai.

Kalau ada stok udang di dalam peti sejuk, bolehlah cuba masak udang tumis tempoyak atau asam rebus keladi udang ini. Peh..mesti terangkat.

Bosan Makan Rendang, Kita Masak Ni Pula!

Bosan Makan Daging Dan Ayam, Masak Udang Tumis Tempoyak Dan Asam Rebus Keladi Udang

UDANG TUMIS TEMPOYAK

Bahan-Bahan:

500 gram udang saiz XL | buang kepala

2 sudu makan tempoyak

1 helai daun kunyit | mayang halus

Garam dan gula secukup rasa

5 sudu makan minyak masak

Bahan Kisar:

20 batang cili padi

Ads

2 cm kunyit hidup

6 biji bawang merah

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan kacau rata.
  3. Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan tempoyak yang dibacuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila kuah pekat dan timbul minyak. Masukkan hirisan daun kunyit.
  6. Tutup api dan udang sedia dihidangkan.
  7. Anda juga boleh gaulkan bahan kisar dengan tempoyak dan tumis sekali. Udang digoreng dahulu berasingan. Selamat mencuba!

Bosan Makan Daging Dan Ayam, Masak Udang Tumis Tempoyak Dan Asam Rebus Keladi Udang

ASAM REBUS BATANG KELADI & UDANG

 Bahan-Bahan:

2 batang keladi | buang kulit ari dan potong 3-4 cm

4-5 ekor udang

3-4 keping asam gelugur

Ads

2 batang serai | titik

3-4 pucuk daun kesum

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Bahan Kisar:

10 batang cili padi

Ads

2 batang cili merah

4 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

1 inci hirisan halia

3 cm kunyit hidup

Cara Memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan batang keladi dan celur seketika.
  2. Selepas 2-3 minit angkat dan tos airnya.
  3. Dalam periuk lain, masukkan air lebih kurang dua cawan kemudian campurkan dengan bahan kisar.
  4. Kacau rata, renehkan di atas dapur. Setelah mendidih masukkan asam keping, serai titik dan daun kesum.
  5. Seterusnya masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi bersama udang.
  6. Setelah udang bertukar warna kemerahan, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup masak, tutup api.
  8. Asam rebus batang keladi sedia dihidangkan bersama nasi putih panas. Hidangan ini juga lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi minyak dan santan. Tak rasa bosan menikmatinya.

Resipi Asal: Majalah RASA

https://www.mingguanwanita.my/cucur-udang-gebu-jadi-bulat-celup-senduk-besi-dalam-minyak-panas/

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI